View: 1823|Reply: 9
|
Staf Akhbar The Star Didakwa Terima Rasuah RM20,000
[Copy link]
|
|
sumber : www.ismaweb.net/
Atas tuduhan menerima rasuah RM20,000, pada Mei lalu, penolong pengurus di Jabatan Pengarang, akhbar The Star, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini.
Namun, tertuduh, M Younganesparan mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Madhiah Harullah.
Younganesparan yang berusia 54 tahun didakwa menerima suapan wang tunai secara rasuah yang berjumlah RM20,000 daripada seorang individu iaitu Mohd Emir Mavani Abdullah kononnya untuk diberikan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyelesaikan kes individu terbabit.
Tertuduh melakukan kesalahan itu di Dome cafe, Lot G20 Vista Power, The Intermark Jalan Tun Razak, jam 9.15 malam, pada 30 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin manakala pasport diserah kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai depan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Keje akhbar pun boleh terima rasuah juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Haha... Terima duit untuk merasuah SPRM? |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tnya...yg terima rasuah lena cekup. Yg bg rasuah camne lak? Slalu bace mesti yg trima kena....adekah trima n minta??? Atau diberi? |
|
|
|
|
|
|
|
kenape yg memberi rasuah tak kene tangkap ek... |
|
|
|
|
|
|
|
apo bondo la... dia nk rasuah kt sapa tu, dh ada kaki la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia minta agaknya. So pengadu report sprm. sprm buat la setting kasi perangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
ape yg staf nk dirasuahkan, story xlengkap ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|