Roti John! Menu paling popular dan menjadi buruan ramai kerana sangat-sangat sedap, menyelerakan dan ringkas dimakan.
Bagi anda yang tak suka bersesak-sesak dan beratur panjang di bazar Ramadan, buat sahaja Roti John Homemade ini.
Bukan susah pun, cuma beberapa bahan dah boleh jadi chef hebat di dapur rumah sendiri.
Tak percaya? Jom cuba sama-sama.
Bahan-Bahan:
Foto: FB
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar (Daging burger pun boleh juga)
Bawang merah,cili merah, cili api
2-3 biji telur
Marjerin
Sos cili
Mayonis
Sos Thousand Island
Timun dan kubis
Garam
Cara-Cara
1. Campurkan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam.
2. Gaul bahan-bahan yang dicampurkan tadi dan ketepikan.
3. Sapu roti dengan majerim. Ketepikan.
4. Sapu kuali dgn sedikit majerin, masukkan daging tadi dan biarkannya hingga masak.
5. Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.
5. Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada.
'
6. Potong dan sedia untuk dihidangkan.
Tak sampai setengah jam dah siap. Suami suka, apatah lagi anak-anak, mesti berulang-ulang kali makan sampai menjilat jari. Selamat mencuba!-CARI
Kredit Resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad |