Demam "Despacito" nampaknya mencetus fenomena baru di seluruh dunia selepas Chicken Attack, Pen Pineapple Apple Pen, Harlem Shake dan Gangnam Style. Malaysia juga turut terkena tempias demam "Despacito" apabila muncul puluhan "video cover lagu" di media sosial sejak kebelakangan ini.
Despacito yang merupakan sebuah lagu Spanish dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Luis Fonsi berduet dengan Daddy Yankee telah mencatat 1,780,044,717 tontonan semenjak dimuat naik ke laman Youtube pada 12 Jan 2017.
Apa yang lebih menarik, buat pertama kali dalam tempoh lebih dari 20 tahun, lagu Spanish (bahasa Sepanyol) akhirnya memasuki carta 10 teratas dalam Billboard Hot 100. Ini kerana pada April lalu, Luis Fonsi dan Daddy Yankee sekali lagi membuat versi remix terbaru bergandingan dengan penyanyi pop terkenal dunia, Justin Bieber.
Sedap betul kan lagu ini? melodi dan liriknya yang cukup "catchy" pasti membuatkan anda ingin mendengarnya berkali-kali. Walaupun sebutan liriknya agar sukar kerana dalam bahasa Sepanyol, namun ramai yang dapat menyanyikan lagu ini dengan lancar.
Di bawah ini antara kompilasi video cover lagu Despacito yang sempat penulis kongsikan untuk anda. Ada juga di antara video di bawah ini dinyanyikan oleh artis tempatan dan telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu.
Agak-agaknya mampu ke anda nyanyi lagu Despacito versi asal? Boleh cuba praktis dalam bilik air nanti ya, barulah meriah kan sambil "shampo rambut" nyanyi lagu Spanish. - CARI
Post time 5-6-2017 12:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak best langsung. Tak faham kenapa jadi tular. Shitty taste sape yang suke.
Kalau gangnam faham la jgk sbb lagu dia pelik dan lain dari lain. Ni lagu sangat typical common