Seorang wanita yang menghidap penyakit jantung mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapanya yang menolak sebarang perubatan moden.
Menurut laporan The Independent, Mariah Walton, 21 yang tinggal di Idaho, Amerika Syarikat mendakwa ibu bapanya hanya berdoa untuk merawat penyakit jantung yang dihidapinya.
Tindakan ibu bapa tersebut menyebabkan Mariah lumpuh seumur hidup.
Mariah Walton, Foto: The Independent
"aru-paru saya sakit kerana tidak dapat oksigen yang secukupnya. Mereka hanya suruh saya berdoa dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.
"Ibu bapa saya juga menyuruh adik beradik yang lain berdoa supaya syaitan dalam badan saya hilang segera. Ini masa untuk mendakwa ibu bapa seperti mereka."
Mariah dilahirkan dengan satu lubang kecil pada jantungnya dan ianya boleh dirawat sekiranya dia menjalani pembedahan pada peringkat awal.
Walau bagaimanapun, penyakit tersebut hanya dapat dikesan ketika Mariah berumur 18 tahun tetapi ibu bapanya tetap tidak percaya dengan perubatan moden.
Sebaliknya mereka hanya menggunakan bahan semula jadi seperti herba dan pati minyak selain berdoa untuk merawat penyakit dihidapi Mariah. -CARI |