View: 1404|Reply: 13
|
Terengganu Belum Bersedia Laksanakan Hudud, Kata MB
[Copy link]
|
|
sumber: FMT
Terengganu belum bersedia melaksanakan hukum hudud sebelum kajian mendalam terhadapnya dilaksanakan.
Demikian kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman selepas mengagihkan kira-kira 1,500 bungkus bubur lambuk sumbangan sebuah syarikat korporat kepada orang ramai di Masjid Abidin di Kuala Terengganu kelmarin.
Memetik laporan Bernama, jelas beliau, keputusan untuk melaksanakan hukum hudud juga hanya ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri dan seterusnya perlu mendapat perkenan Sultan (Sultan Terengganu).
“Kita sekarang memberi tumpuan kepada Rang Undang-Undang 355… jika ia diluluskan baru kita boleh lihat apa yang boleh (hukum syariah) dilaksanakan di bawah RUU kerana tidak mahu terburu-buru dalam soal ini,” katanya.
Ahmad Razif mengulas kenyataan Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib bahawa Terengganu akan tetap memperjuangkan perlaksanaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu, ketika Kembara Dakwah Media Terengganu ke Acheh, Jumaat lalu.
Ghazali turut berkata, Negeri Terengganu akan menjadikan Aceh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud jika ia dilaksanakan kelak.
Mengulas lanjut Ahmad Razif berkata, kadar jenayah di Terengganu juga kini semakin menurun hasil pelaksanaan undang-undang sedia ada.
“Mungkin itu pandangan peribadi beliau (Ghazali) secara umum terhadap peruntukan yang pernah kerajaan negeri luluskan sebelum ini,” katanya.
Terengganu hingga kini masih belum melaksanakan Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan belum buat, mana ganu berani nak buat |
|
|
|
|
|
|
|
MB Tengganu anti hudud = anti Isle, so dilarang buka puasa macam Kelipah Guan eng |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke hudud murid semua ni.. kemiskinan berlambak ada hati nak sembang la korg ni.. puii |
|
|
|
|
|
|
|
i love umno |
|
|
|
|
|
|
|
Buat kat Kelate laa dulu sbb dorg paling kencang pasal hudud nih... Kalau ok pasti ramai yang sokong nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
habis la PAS ..
sekarang kat tganu dah tak boleh jaja hudud lagi
pasai dah geng umno . kita lihat la
PAS dah gali lubang kubor depa sendiri .
|
|
|
|
|
|
|
|
dess402 replied at 28-5-2017 11:55 AM
habis la PAS ..
sekarang kat tganu dah tak boleh jaja hudud lagi
Aikk... negeri umno tanak hudud.... tak marah plak pas kan... pembangkang diam membisu tak versuara pasal hudud, hari2 pas meratib semua parti pembangkang anti islam, bantah hudud... |
|
|
|
|
|
|
|
MB Tengganu = LGE = Hanah Yeoh
Semua hipokrit, anti Isle haramkan mereka datang buka puasa |
|
|
|
|
|
|
|
vandergooh replied at 28-5-2017 12:55 PM
Aikk... negeri umno tanak hudud.... tak marah plak pas kan... pembangkang diam membisu tak versuar ...
Tak sekor pun lobai Pas/umngok berani nasuk dimari |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ade dia menolak hudud or RUU. Malah dia memberi perhatian kepada RUU lagi. ke i salah baca n paham? |
|
|
|
|
|
|
| |
|