Selasa lalu, pasangan gay dikenakan hukuman sebat 83 kali setiap seorang, selepas kedua-dua lelaki itu ditangkap penduduk dalam bilik sewa mereka di Banda Aceh, Indonesia, Mac lalu.
Menurut BBC, kedua-dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun itu dipakaikan jubah putih dan suasana riuh rendah menyelubungi kawasan sebuah masjid di Banda Aceh ketika pelaksanaan hukuman dijalankan oleh dua lelaki bertopeng di atas sebuah platform.
Memetik laporan Kompas, hukuman terhadap mereka dijalankan bersama empat pasangan bukan muhrim berusia antara 20 hingga 26 tahun yang turut disebat kerana bercumbu.
Awal bulan ini, Mahkamah Syariah Aceh menjatuhkan hukuman sebat terhadap mereka selepas dicekup penduduk yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan seks.
Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.
Hukuman berkenaan, yang dikritik kumpulan hak asasi manusia, menjadi simbol bermulanya pelaksanaan undang-undang anti homoseksual di wilayah itu pada tahun 2014.
Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, dua tahun lalu.
Tahun lalu, lebih 300 orang sudah menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkenaan namun hukuman terhadap pasangan gay ini adalah yang pertama.- CARI
Post time 25-5-2017 11:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Alhamdulillahh kerana Acheh berani menegakkan hukum Islam. Sebenarnya huluman rotan dlm Islam ini lebeh utk memberi keinsafan dan sudah tentu mereka yg dirotan depan pablik akan rasa malu lebeh drpd rasa sakit tersebut.
Ini bukan cara rotan spt hukuman sekular yg kekuatan 1 pukulan shj boleh memecahkan kulit dan daging.
Ada disebutkan bahawa virus2 & kuman yg menular akibat hubungan zina dan liwat trsbt akan dpt dimatikan apabila badan manusia dirotan
Post time 25-5-2017 12:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cocorex replied at 25-5-2017 11:48 AM
Selayaknyer la..lubang kunyit jugak yg dia suka
Cocorex, tak salah dia memilih lubang kunyit sebagai lubang pilihan cucukannya sebab itulah orientasi seksual beliau.
Ada sesetengah orang suka makan KFC, ada orang suka Texas Chicken.
Salah la sbb pilih utk jd gay..lubang kunyit tu utk keluarkan taik & angin kentut..bukannyer utk dijolok & di pancutkan ke atasnyer sperm2..adalah amat merugikan sbb mana la tau kalo2 dlm sperm tu ada yg bakal lawyer, menteri, pilot etc