CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11061|Reply: 156

[Kemaskini] Geely Auto Sah Beli 49.9% Saham Proton Dan 100% Saham Lotus

[Copy link]
Post time 24-5-2017 11:07 AM | Show all posts |Read mode


Kemaskini : 3.00 Petang

Geely Auto Sah Beli 49.9% Saham Proton Dan 100% Saham Lotus


sumber: https://i.malaysiakini.com

sumber : PaulTan.Org



DRB-Hicom mengumumkan akan menjual 49.9 saham kepada Kumpulan Zhejiang Geely, yang memiliki Geely Automobile di Hong Kong dan juga Volvo di Sweden, namun tidak dinyatakan pula nilai jualan.


Memetik laporan akhbar Cina tempatan, China Press, Kumpulan Zhejiang Geely turut akan membeli 100% saham bagi syarikat pembuat kereta Lotus yang dimiliki oleh Proton sebelum ini.


Dalam erti kata yang lain, Proton secara langsung telah keluar dari pasaran kereta sport dan kereta lumba itu.


DRB-Hicom mengadakan sidang media di Putrajaya petang tadi yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan keputusan perjanjian yang dicapai oleh kedua-dua pihak disaksikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Difahamkan perjanjian muktamad itu dijangka akan diadakan pada Julai ini.


Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, Proton akan mengekalkan jenamanya yang sedia ada. Dengan adanya rakan strategik asing (FSP) tersebut, ia membolehkan Proton berkembang lebih pesat dan lebih berdaya saing di pasaran antarabangsa.


Manakala Kumpulan Zhejiang Geely berharap melalui pembelian Proton, kumpulannya dapat memperluaskan lagi penguasaan pasaran automobil atau permotoran di peringkat global, khususnya memasuki pasaran yang menggunakan pemanduan kanan di rantau Asean.- CARI




sumber : FMT



Kemaskini : 1.00 petang
Semakin Pasti, Geely China Pegang 49% Saham Proton


DRB-HICOM Bhd dijangka bakal menjual 49% pegangan saham dalam syarikat kereta nasional, Proton kepada kumpulan penghasil kereta dari China iaitu Geely Auto.


Memetik laporan Reuters, DRM-Hicom Bhd akan membuat pengumuman pada tengah hari ini.


Ini bermakna Geely telah mengalahkan pengeluar kenderaan Perancis, Groupe PSA dalam proses pembidaan bagi memperoleh pegangan tersebut.


Menerusi pembelian ini, Geely juga akan mendapat kawalan bagi jenama Lotus, yang berada di bawah kawalan Proton.


Proton diminta untuk mencari rakan kongsi strategik, sebagai salah satu syarat yang dikenakan ketika menerima pinjaman dari kerajaan sebanyak RM1.25 bilion pada 2016.


Pemberian pinjaman itu adalah susulan prestasi kewangan Proton yang lemah, di mana ia telah menyaksikan kerugian bersih sebanyak RM1.426bil bagi tahun kewangan 2016.


Setakat April 2017, jualan kenderaan Proton juga telah jatuh buat bulan ke-6 berturut-turut.


Syarikat itu juga menyaksikan perkongsian pasarannya susut ke tempat ke-4 buat pertama kali dalam sejarahnya, di belakang Perodua, Honda dan Toyota.


Kehadiran FSP dijangka dapat membantu Proton meluaskan pasaran ke luar negara.- CARI







Kemaskini : 11.00 pagi
DRB-Hicom Dijangka Buat Pengumuman Penting Hari ini







Sebelum ini Kementerian Kewangan pernah menyatakan DRB-Hicom selaku pemegang saham tunggal Proton dalam proses penilaian akhir ke atas bidaan yang diterima dari para pelabur asing yang berminat untuk menjadi rakan strategik asing (FSP) anak Syarikat milik penuhnya, Proton Holdings Bhd.  


Memetik laporan Berita Harian, Bursa Malaysia sudah meluluskan permintaan DRB-Hicom supaya dagangan sahamnya digantung bermula 9 pagi tadi dan dijangka satu pengumuman bakal dilakukan oleh DRB-Hicom pada tengah hari ini.


Konglomerat itu berkata, keputusan pencarian akan dapat dimuktamadkan sebelum separuh pertama tahun ini.


Pencarian FSP adalah komponen penting pemulihan Proton dan menjadikannya sebuah pengeluar kereta berdaya saing.


Dua pengeluar kereta global, Geely dari China dan PSA dari Perancis antara syarikat yang disebut-sebut sebagai pilihan utama FSP Proton.


Kaunter DRB-Hicom ditutup satu sen lebih rendah pada RM1.68 semalam.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 11:12 AM | Show all posts
geely dapat.


sukur hamdalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:20 AM | Show all posts
Tahniah Geli
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
congrats geely
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:24 AM | Show all posts
Cilakak !!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
hanakikan replied at 24-5-2017 11:22 AM
congrats geely

Proton sama geng dgn volvo la skrg ni sbb volvo duk bwh geely ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
klu dh da prc..mmg dpt ke dia laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hopefully takde adverse effect kat staff proton
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Bos dari china ni forum lowyat bgtau suka bg gaji ciput dan perah tenaga x hingat dunia punya. Bos2 dr negara2 barat lebih bertoleransi dlm hal2 mcm ni. Boleh jd juga geng2 dap bakal memenuhi jwtan tinggi proton
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni saje nak khianat mahathir, xleh roboh klcc bg jual itu proton pun sudah cukup puas, dah xdela kereta proton mati terus
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendunia seperti Volvo
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:31 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 24-5-2017 12:00 PM
Ni saje nak khianat mahathir, xleh roboh klcc bg jual itu proton pun sudah cukup puas, dah xdela ker ...

proton memang perlu pertolongan pun sis...
jualan heshe sekarang pun lagi low dari honda dan toyota, howww???
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:32 PM | Show all posts
Tahniah la! Cina dlm negara di cakap rasis. Tp keturunan asal nenek moyang dia sayang ketat2 plak!
Apa2 je la.. xde kesan apa pun aku komen kat forum!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Geely akhirnya yang ambilalih Proton.Eloklah demi kebaikan Proton.Proton boleh dapat pemindahan teknologi tanpa bayar royalti berbanding kalau PSA ambilalih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 24-5-2017 12:31 PM
proton memang perlu pertolongan pun sis...
jualan heshe sekarang pun lagi low dari honda dan toyo ...

Dia tu sepet rba sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:45 PM | Show all posts
proton ni dah brape kali nikah cerai nikah cerai...dulu kawin dgn org jepun, cerai...kawin pula dgn org perancis, cerai juga...cari balik kote jepun...ada lelaki simpanan british utk memuaskan nafsu seks...pastu cari kote kulup cina utk geli-geli...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 12:46 PM | Show all posts
Kalau proton mesti omputih ni tak puji
Takut sangat malaysia bawah najib mendunia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
klu prc ambik adaka nama tu bertukar Peloton
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:54 PM | Show all posts
Al kisah nya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembugini dan porsche skrg bernaung bwh volkswagen rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.809527 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list