View: 4197|Reply: 32
|
[Jenayah]
Tommy Dibayar Ciput Setelah Cucuk Belakang Lantas Ini Hasilnya!
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN: Seorang pelancong lelaki Thailand cedera di beberapa bahagian badan selepas ditikam pelanggannya yang tidak berpuas hati dengan bayaran dikenakan bagi perkhidmatan seks luar tabii di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, lelaki berusia 28 tahun berasal dari Phuket itu bercuti di negeri ini sejak 15 Mei lepas dan mengenali seorang lelaki dikenali sebagai Tommy menerusi laman sosial Wechat kira-kira 2 jam sebelum menemui lelaki terbabit.
“Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, suspek dikatakan ke bilik hotel pelancong berkenaan untuk urusan perkhidmatannya. Mangsa bersetuju melayan suspek hanya selepas mendapat bayaran ditetapkan,” katanya hari ini.
Beliau berkata, ketika urus niaga itu dibuat, suspek mengeluarkan pisau daripada poketnya dan menikam mangsa serta berlaku pergelutan antara mereka, sebelum lelaki terbabit melarikan diri.
Mangsa yang luka di perut, belakang badan, tangan, leher dan muka itu mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Anuar berkata, polis mendapatkan rakaman CCTV di hotel itu dan siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengesan suspek berusia 30-an yang sudah dikenal pasti.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, polis menahan sepasang kekasih berusia 28 dan 30 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun di sekitar daerah tersebut di Taman Selamat, Machang Bubok, kira-kira 2 petang semalam.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pasangan itu terlibat sekurang-kuranganya dalam 15 kes samun sejak awal tahun ini, termasuk samun seorang wanita di Machang Bubok pada Rabu dan suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah.
“Polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan mereka untuk kegiatan samun dan beberapa barang lain, termasuk telefon bimbit serta wang tunai dipercayai hasil samun,” katanya.
FMT |
|
|
|
|
|
|
|
omg.. dh ngesek terus jd mgsa samun plak.. mcm nie pon ade.. xpsal2 dh cedera.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngesek cerita lain yg sementara itu cerita episode lain |
|
|
|
|
|
|
|
Seks luar tabii dekat Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
ingat berita luar negeri..
rupanya kejadian di pulau mutiara |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk msia nk jd gigolo mamat siam tu....: |
|
|
|
|
|
|
|
Isk2! Ampa x kan la x ada kat negeri lain |
|
|
|
|
|
|
|
Mb la neh..gegeh dtg malaysia buat service..kompem kat thai byk saingan |
|
|
|
|
|
|
|
jahanam dah pulau pinang skg dgn kegiatan kongsi gelap,pelacuran,kekunyitan |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah padahnya buat illegal business .. |
|
|
|
|
|
|
|
gay ler ni....hahaha
eh yg korang merepek kes samun tu pehal? tu citer lain. BM korang masa spm berapa ek?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceh cite lain2 upenye |
|
|
|
|
|
|
|
Itu dubur siam belum ditutoh la. Tommy pulak adalah nama suspek .Bukan mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Horror betul tu laaa hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Seks luar tabii di Pulau Turtle. |
|
|
|
|
|
|
| |
|