CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1026|Reply: 1

PRK Pujut Sarawak: 20 Jun Penamaan Calon, 4 Julai Undi

[Copy link]
Post time 19-5-2017 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut di Sarawak akan diadakan pada 4 Julai, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 20 Jun.


Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.


Memetik laporan Free Malaysia Today, tarikh undian untuk Pilihan Raya Kecil kali ini tidak akan diawalkan.


Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah keputusan ini dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Adun DAP, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan oleh DUN Sarawak.

"Kalau mahkamah kata ia kekal, pada masa tu, kita kekalkan lah (keputusan mahkamah)  melainkan ada yang appeal (rayu)," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


"Kalau kita nak tunggu mahkamah, bila mahkamah nak bersidang. Nanti tanya saya pula, ni (pilihan raya) bila nak buat," katanya.


Seramai 483 petugas pilihan raya dilantik untuk mengendalikan proses PRK itu, melibatkan perbelanjaan RM838,536.00.


Seramai 20,070 pemilih berdaftar layak mengundi pada PRK Pujut.- CARI

sumber : FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bn menang...dap penipu sila terima kenyataan...

Apepun semua bergantung kepada pengundi...jalankan tanggungjawab anda...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.065532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list