View: 3081|Reply: 13
|
Dapat Tengok Kuda Jadi 'Pak Supir' Di Nusa Tenggara Timur, Hebat Tak?
[Copy link]
|
|
Wah! Menarik betul usaha Indonesia untuk menarik lebih pelancong supaya berkunjung ke negara mereka.
Pernah tak anda terfikir untuk menunggang kuda sebagai pengangkutan di sepanjang percutian anda?
Berita baik buat anda yang gemar bercuti ke luar negara serta pencinta haiwan, wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) bakal menjadikan kuda sebagai pengangkutan anda sepanjang berada di kepulauan itu.
Idea unik itu diusulkan sendiri oleh Pemerintah Wilayah NTT dengan harapan ia dapat meningkatkan daya tarikan pelancong di wilayah berkenaan.
Menurut portal Antara seperti dipetik CNN Indonesia, Pengarah Pejabat Pelancongan Wilayah NTT, Marius Ardu Jelamu berkata mereka berharap penternak kuda dapat menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelancong yang berkunjung ke Pulau Sumba, Flores, Timor dan lain-lain lagi.
"enternak kuda yang ada di NTT sebenarnya sangat ramai sehingga tercetusnya idea konsep 'bercuti sambil berkuda' yang tidak mustahil untuk direalisasikan," katanya.
Konsep itu secara tak langsung akan memberi keuntungan kepada penternak kuda. Malah, Marius turut mengakuinya dengan mengambil contoh konsep sama dilaksanakan di Gunung Bromo di Jawa Timur.
"Kita cuma perlu jaga penampilan kuda dan sediakan pakaian tradisional untuk dijual kepada pelancong," katanya.
Tambahnya, bagi kawasan yang sukar dijangkau kenderaan lain mahupun motosikal, pelancong boleh menunggang kuda untuk melalui kawasan itu dengan mudah.
Malah, bukan saja dapat menunggang kuda, pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan berbukit sambil menghirup udara segar.
Foto: CNN Indonesia
Menarik betul konsep ni. Siapa yang tak mahu menunggang kuda sambil menikmati pemandangan indah, kan? Tak kisahlah kalau sakit pinggul selepas puas menunggang kuda, yang penting pengalaman tu. Betul tak? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah naik kuda..tp nmpk cm bes |
|
|
|
|
|
|
|
kuda tak stabil lah dah 2 kali jatuh sebab dia punya lenggang lenggok kita kena ikut tak boleh keraskan badan.. kalau badan jenis keras mmg jatuh |
|
|
|
|
|
|
|
kuda2 depa hamis...style x kasi mandi... last time pegi bromo tu..ya awloh, hamis nya bau kuda depa...dah la nak naik pun kena idr150k.... time pegi trawangan tu lagi lah...kuda tu mcm nak pengsan dok angkut orang sana sini... |
|
|
|
|
|
|
|
mnriknye pmndgn bukit bukau.. |
|
|
|
|
|
|
|
den tiap2 minggu menunggang tau. kuda malay, kuda siam, kuda vietnam, kuda prc...kadang2 ada chance dapatla tunggang kuda serbia. |
|
|
|
|
|
|
|
Naik kuda kena ikut lenggang lenggok dia .. pernah naik kuda tapi kuda tu macam tak larat je .. risau masa naik dan turun bukit .. lepas tu kuda tu suka jalan kat tanah , jalan kat tar tak nak .. aku yang tak pandai handle atau kuda tu tu penat .. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm best je |
|
|
|
|
|
|
|
THANK YOU FOR INFO |
|
|
|
|
|
|
|
THANK YOU FOR INFO |
|
|
|
|
|
|
| |
|