CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6976|Reply: 10

Siri Bedah Konspirasi: Membongkar Realiti Di Sebalik New World Order

[Copy link]
Post time 17-5-2017 10:51 AM | Show all posts |Read mode




Menurut Teori Konspirasi kontemporari, matlamat Freemason, Illuminati, dan Banker Yahudi (Rothschild) adalah untuk menubuhkan sebuah “New World Order” yakni kerajaan dunia yang dikuasai oleh mereka. Malah ramai yang percaya mereka telah pun berjaya mencapai matlamat tersebut dengan mengawal pelbagai pertubuhan politik, ekonomi, syarikat dan media. [1] Menurut Teori Konspirasi yang disalutkan dengan nama Islam, New World Order dengan kata erti lain adalah rancangan jahat Dajjal dan pengikutnya untuk menakluki dunia.




Salah satu “bukti” rancangan jahat tersebut ialah frasa “Novus Ordo Seclorum” yang tertera pada jata negara Amerika Syarikat yang juga dicetak atas wang kertas USD 1. Tengok, ada “mata Dajjal”, ada piramid Firaun. Sah, inilah tanda-tanda Dajjal yang diceritakan dalam al-hadith.




Pendukung Teori Konspirasi mengkritik penulis atas penggunaan sumber Barat (yang tersirat: Freemason dan Rothschild). Namun pada masa yang sama mereka tiada masalah menerima bulat-bulat dakwaan teori New World Order yang jelas dibawa oleh mubaligh Kristian. Kritikal, atau selektif?

Tafsiran yang mengaitkan Eye of Providence dengan Eye of Horus dan Anti-Christ (Dajjal Al-Masih) dengan Pharoah (Firaun) adalah dipetik daripada karya Mat Saleh, bukan tafsiran ikut piawaian ilmu Islamiah.

Dajjal menurut hadis mempunyai sepasang mata tetapi buta sebelah. Boleh jelaskan mengapa para penyembah setan (Freemason dan Illuminati) ini suka tunjuk mata Dajjal yang sempurna, bukan mata yang buta, atau kedua-dua matanya sekali? Mengapa matanya memancarkan cahaya? Adakah “mata Dajjal” ini menepati apa yang disebut dalam alhadith?

Sabda Rasulullah s.a.w.: “[Dajjal] itu seorang laki-laki gemuk, berkulit merah, berambut keriting, matanya buta sebelah dan matanya itu seperti buah anggur yang menonjol keluar”. (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim)

Dan boleh jelaskan apa kaitannya Dajjal dengan piramid? Apa kena mengena Dajjal dengan Firaun? Carilah mana-mana hadis sehingga jumpa. Tapi tidak apa, sementara para pendukung Teori Konspirasi google “hadis dajjal firaun”, biar kita lihat dulu bagaimana dakwaan New World Order muncul, oleh siapa, dan untuk apa? Adakah frasa Novus Ordo Seclorum membawa maksud “New World Order”? Apa faedah bagi mereka untuk membongkar rancangan rahsia tersebut kepada orang awam? Kalau mahu berkonspirasi pun, bukankah lebih baik berdiam? Untuk apa berheboh-heboh satu dunia?

Sebenarnya, Novus Ordo Seclorum hanyalah frasa Latin yang membawa maksud “New Order of the Ages”. Walaupun bunyinya hampir sama dengan “New World Order”, ia sebenarnya membawa maksud pembukaan sebuah era baru. Simbolisme mata (Eye of Providence) dan piramid juga ada penjelasannya. Berikut ialah penjelasan yang diberikan oleh pencipta jata itu sendiri, Charles Thomson pada 20 Jun 1782:

The pyramid signifies Strength and Duration: The Eye over it & the Motto allude to the many signal interpositions of providence in favour of the American cause. The date underneath is that of the Declaration of Independence and the words under it signify the beginning of the new American Æra, which commences from that date”. [2]

Penjelasan Charles Thomson tentang simbol mata dan piramid

Seperti yang telah dijelaskan dalam artikel pertama siri, penggunaan simbol-simbol ini mungkin dipengaruhi oleh fahaman ketuhanan Freemason (deisme dan naturalisme), bukan Dajjal. Para pengasas Amerika percaya bahawa Revolusi Amerika adalah di bawah pengawasan dan perlindungan (providence) Tuhan yang akan membuka sebuah era baru dalam sejarah manusia, yang akan membawa kepada pencerahan sejagat. Itu adalah fahaman yang popular ketika Era Pencerahan (Age of Enlightenment), kita tidak perlu percaya. Tetapi mengaitkannya dengan New World Order adalah terlalu dangkal.

Frasa New World Order hanya mula popular di sekitar 1920-an. Penggunaan istilah tersebut pun tiada kena-mengena dengan Novus Ordo Seclorum. Ia muncul selepas Perang Dunia Pertama tamat pada tahun 1918 di mana sebuah persidangan iaitu Persidangan Keamanan Paris (Paris Peace Conference) telah diadakan untuk membincangkan penyusunan tata dunia (world order) pasca perang.

David Lloyd George (Perdana Menteri Britain), Vittorio Orlando (Perdana Menteri Itali), Georges Clemenceau (Presiden Perancis) dan Woodrow Wilson (Presiden Amerika) semasa Persidangan Keamanan Paris.

Dalam persidangan tersebut, Presiden Woodrow Wilson telah mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah organisasi antarabangsa bernama Liga Bangsa (League of Nations) untuk menjaga keamanan dunia. Adakah ia kezahiran cita-cita Amerika untuk menguasai dunia?

Menurut pandangan Wilson, perang besar berlaku adalah kerana dalam tata dunia lama (old world order), negara bebas untuk bertindak, berperang dan membuat perjanjian, dan keadaan tersebut telah membawa kepada perang dunia. Maka, dengan adanya sebuah organisasi antarabangsa yang mampu mengawasi tindak tanduk negara, Wilson berharap ia dapat menghindari pengulangan perang besar di masa hadapan. Yang dimaksudkan sebagai “New World Order” adalah hubungan antarabangsa yang berasaskan undang-undang dan peraturan antarabangsa. [3]

Jikalau Amerika ada agenda untuk mendominasi dunia melalui Liga Bangsa pun, cita-cita tersebut tidak tercapai. Britain dan Perancis pada awal-awal kurang bersetuju dengan proposal Wilson, malah proposal Wilson telah ditolak oleh Kongres Amerika. Amerika tidak dapat menyertai Liga Bangsa, dan Liga Bangsa gagal berfungsi dengan baik dan telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua dicetuskan oleh Hitler pada tahun 1939. [4]

Selepas Amerika menyertai Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, idea New World Order timbul kembali. Bagi pendukung gagasan New World Order, Perang Dunia Kedua membuktikan penubuhan sebuah organisasi global adalah penting bagi mencapai keamanan sejagat. Itulah yang dihujah oleh H.G. Wells dalam bukunya The New World Order pada tahun 1940.






Apa yang Wilson dan Wells anjurkan bukan konspirasi, tetapi solusi atau cadangan untuk memperbaiki keadaan dunia. Walaupun cadangan mereka bukanlah ubat mujarab kepada masalah dunia, namun ia juga bukan konspirasi seperti yang dibayangkan oleh pendukung Teori Konspirasai. Maka menjelang penghujung Perang Dunia Kedua, Presiden Amerika iaitu Franklin Delano Roosevelt telah menubuhkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations – UN), Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund) dan Bank Dunia (World Bank) sebagai penjaga keamanan dunia.



Liga Bangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Dua eksperimen Amerika untuk mewujudkan New World Order

Namun Amerika telah lama terasing daripada hal ehwal dunia, maka terdapat ramai di Amerika yang tidak selesa dengan perubahan dasar tersebut. Kumpulan seperti John Birch Society (JBS) mula berkempen untuk mendesak Amerika untuk menarik diri daripada UN. Mereka mendakwa UN adalah sebuah konspirasi untuk menggadaikan kedaulatan Amerika. Golongan seperti JBS ini digelar sebagai isolasionis yang selalu dikait dengan golongan konservatif, manakala kumpulan-kumpulan penasihat pro-UN seperti Council of Foreign Relations dan Trilateral Commission pula dilabelkan sebagai internasionalis dan selalu dikaitkan dengan golongan liberal-progresif (ini akan dikupas lebih lanjut dalam artikel seterusnya). [5]





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2017 10:54 AM | Show all posts



Sepanduk John Birch Society

Meskipun para internasionalis menaruh harapan tinggi terhadap UN, namun ia tidak berfungsi dengan baik akibat pergelutan kuasa antara Amerika dan Soviet (Rusia) sepanjang Perang Dingin. Selepas Perang Dingin tamat pada tahun 1989, George Herbert Walker Bush (ayah George Walker Bush) telah memberi ucapan bersejarah mengenai New World Order pada 11 September 1990. Bush menyeru komuniti dunia untuk memperkasa semula UN dan menggantikan hubungan antara kuasa besar yang berasaskan persaingan senjata (rule of jungle) dengan undang-undang (rule of law).

Disebabkan oleh tarikh penyampaian ucapan tersebut jatuh pada 11 September, ia menjadi modal besar pendukung Teori Konspirasi. Namun kandungan ucapan Bush adalah tiada kena mengena dengan Peristiwa 9/11 dan kesan-kesannya. Apa yang Bush cuba sampaikan adalah sama seperti apa yang Wilson dan Roosevelt telah sampaikan. Namun begitu, ramai masih menaruh sangsi dan memberi reaksi paranoid terhadap gagasan Bush akibat dakyah yang disebarkan bertahun-tahun oleh JBS dan penulis konservatif yang lain seperti Gary Allen, penulis buku Rockefeller: Campaigning for the New World Order (1974) dan Say “No!” to the New World Order (1987).


Ucapan Bush mengenai New World Order

Antara buku mengenai New World Order yang terlaris ialah The New World Order yang dihasilkan oleh Pat Robertson pada tahun 1991. Menurut Robertson, maksud tersirat New World Order ialah sebuah rancangan jahat golongan elit di belakang tabir (behind-the-scenes Establishment) untuk menubuhkan kerajaan dunia (one-world government) yang akan diterajui oleh Iblis (Satan), rancangan yang telah disurat dalam ramalan Jesus (Nabi Isa) tentang tanda-tanda akhir zaman (end times). [6]

Inilah kitab pegangan pendukung Teori Konspirasi secara tanpa sedar

Siapakah Pat Robertson? Seorang mubaligh Kristian yang fanatik, yang suka komen negatif tentang Islam.

Inikah “guru” pendukung Teori Konspirasi?

Berlaku pertemuan idea antara eskatologi Kristian ekstemis dan “eskatologi” atau “ilmu fitan” pendukung Teori Konspirasi. Sebabnya ialah: isi buku Pat Robertson yang laris tersebut disalin dan ditampal ke dalam Internet dan telah dikitar semula oleh forum-forum “eskatologi” atas talian. Akhirnya idea New World Order yang dipelopori politikus ekstremis dan mubaligh Kristian di Barat telah disebarkan kepada peminat Teori Konspirasi dan menjadi sebahagian daripada iman mereka.

Ingatlah sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…” (Al-Bukhari, Sahih Bukhari, hadis nombor 4485)

Semua bangsa boleh bercita-cita untuk menguasai dan mendominasi dunia, namun tiada sesiapa pun yang berjaya setakat ini. Genghis Khan pernah cuba, Alexander The Great pernah cuba, Napoleon pernah cuba, Hitler pernah cuba, Amerika pun sedang cuba. Adakah hanya kerana Amerika Syarikat menyatakan hasrat untuk menerajui sebuah New World Order, maka kita terus menganggap mereka mampu menguasai dunia?

Apa yang membuat anda percaya AS yang tidak mampu memenangi Perang Korea (tahun 1950-1953) dan Perang Vietnam (tahun 1964-1975) mampu menguasai dunia dan membentuk sebuah kerajaan New World Order?

Amerika Syarikat dimalukan dalam Perang Vietnam

Mungkin sebab kalian sudah lupa tentang firman Allah SWT dalam ayat pertama Surah Al-Mulk yang bermaksud:

“Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Dan sebab yang lebih utama ialah kalian tidak mengkaji sejarah. Kalian hanya telan bulat-bulat sampah Internet yang dihasilkan oleh Mat Saleh. Artikel seterusnya akan memperkenalkan barisan Mat Saleh Amerika bengap yang menyebarkan fitnah Teori Konspirasi.

Akhir sekali, penulis ingin mengajak pendukung teori konspirasi (atau “ilmu fitan” / “eskatologi” seperti yang didakwa oleh mereka) untuk menyenaraikan karya-karya ulama Islam yang membicarakan New World Order, seboleh-bolehnya PADA TARIKH SEBELUM BUKU NEW WORLD ORDER DIKELUARKAN oleh Gary Allen, Pat Robertson dan penulis mat saleh untuk membuktikan bahawa mereka tidak “copy paste” daripada sumber Internet Mat Saleh.

Namun mereka tidaklah berdaya kerana mereka hanyalah golongan miskin hujah yang hanya mampu membalas hujah dengan cercaan.

Wallahua’lam.



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:10 PM | Show all posts
Tetiba teringat lagu Eminem

"This world is mine for the taking, make me king
As we move toward a New World Order
A normal life is boring..."
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:47 PM | Show all posts
Wallahua’lam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2017 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 17-5-2017 01:10 PM
Tetiba teringat lagu Eminem

"This world is mine for the taking, make me king

Betul ke eminem dah mati?yg ada skang klon eminem.mati kena bunuh ada kaitan dgn agenda illuminati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 10:16 AM | Show all posts
estrelle replied at 18-5-2017 11:10 PM
Betul ke eminem dah mati?yg ada skang klon eminem.mati kena bunuh ada kaitan dgn agenda illuminati ...

Tak tahulah babe. Banyak sgt rumours mcm ni.

Jgnkan Eminem, Avril Lavigne pun kononnya dah mati & yg ada sekarang klon dia yg dah dilatih lama. Katy Perry pun kononnya budak yg mati tahun 90-an dulu.

Konsepnya, baca boleh, percaya jgn gitu sbb personally aku rasa mengarut but yeah who knows

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2017 01:58 PM | Show all posts
baca boleh percaya terpulang
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
gerbera.memopad replied at 19-5-2017 10:16 AM
Tak tahulah babe. Banyak sgt rumours mcm ni.

Jgnkan Eminem, Avril Lavigne pun kononnya dah mati ...

Ok.lepas ni tak nak caye.3 minit lebih masa iols terbuang tengok video pasal tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2017 04:33 PM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 19-5-2017 10:16 AM
Tak tahulah babe. Banyak sgt rumours mcm ni.

Jgnkan Eminem, Avril Lavigne pun kononnya dah mati ...

PKR n AMANAH pun pembawa agenda yahudi... tgk logo depa..... tu belum cite bab karipap n samosa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
1st time pulak dgr eminem n avril tu ada klon. Tp mcm kita tau tech pasal klon2, penyamar ni mmg dh lama negara barat buat. Ada yg di reveal dlm film2. Yg guna utk tujuan perisik negara2 musuh ms zaman perang duania kedua sume.

Anyway, mcm biasa, baca boleh nak percaya tu ikut suka lah tp jgn ler taksub sgt ye tak.. Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2017 11:25 AM | Show all posts
gerbera.memopad replied at 19-5-2017 10:16 AM
Tak tahulah babe. Banyak sgt rumours mcm ni.

Jgnkan Eminem, Avril Lavigne pun kononnya dah mati ...

iols dah baca pasal eminem..haha tp sbb xberapa minat dgn eminem tu jadi xleh nak pastikan.
Pasal Avril tu,iols tekejut sgt sbb agak make sense dia pny jalan cerita dan gamba2 bukti tu.
Iols minat Avril, so mmg igt jugak pasal Melissa yg dikatakan mnjdi imposter Avril tu. Dlu dia mmg femes sbb muka iras2 Avril.
Pastu part beza tinggi, dlu lg tggi dr skrg etc bnyk lagi.
Beza album jgk dari imej punk rock tetibe jadi cuter version mcm lgu Girlfriend.

Tp if kalau betul pun ni bukan kategori illuminati rasenya. Avril bunuh diri dan alang2 tu diganti dgn org baru untk meneruskan career dia. Sbb Avril mati before dia release 2nd album. Dah fully record tp belum release je..

Sedih plak kalau betul Avril dah matii..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.649704 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list