View: 1663|Reply: 8
|
Budak Miskin Hidap Kanser, Tidak Sangka Dapat 'Nyawa' Kedua
[Copy link]
|
|
Menghargai apa yang kita miliki sekarang sebenarnya amat penting, ini kerana segala yang terjadi pada diri kita dalam kehidupan ini tidak boleh diulang semula.
Namun dalam keadaan yang tertentu, dapat mengecapi 'kehidupan semula' bagi sesetengah orang ianya sesuatu yang luar biasa.
Sekiranya peluang hidup semula itu tidak sempat dikecapinya, sudah tentu mereka tidak dapat merasai kehidupan yang sebenar di dunia ini.
Sebuah paparan video menunjukkan seorang budak perempuan yang berada dalam kehidupan kanak-kanak yang menggembirakan, tetapi siapa sangka dia sebenarnya sedang mengalami detik yang semakin menghampiri kematian.
Berjudul 'Second Chance' dan diadaptasi dari kisah benar, sejak 5hb Mei lalu video ini dimuatnaik oleh 'Trending Taiwan' di Youtube dan Facebook rasminya, menerima sambutan yang menggalakkan di kalangan pengguna maya.
Iya, budak perempuan yang muncul dalam filem tersebut berasal dari Filipina, sejak dilahirkan didapati menghidap penyakit Atresia Hempedu yang boleh mengancam nyawa.
Walau bagaimanapun, semasa umurnya 13 bulan, Iya dibawa ke Taiwan untuk menjalani pemindahan hati dan hasil pembedahan itu berjaya menyelamatkan dirinya serta memberi peluang Iya hidup semula.
Netizen yang mengenali keadaan yang dihadapi Iya, rata-rata memberi pujian bahawa Iya seorang budak yang berani dan bersyukur dia dapat kehidupan yang baru.
'Trending Taiwan' menyeru masyarakat antarabangsa, dengan harapan setiap negara menyokong penyertaan Taiwan dalam aktiviti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan aktiviti sedunia yang lain.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur diberi peluang kedua |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Wish you all the best in life dik. |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya budak ni.... alhamdulillah dah sihat... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa le mereka yang diberi peluang kedua untuk hidup selalu appreciate life more dari orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
cerianya tgk gambar dia |
|
|
|
|
|
|
|
sedih nya tgk, tpi happy for her |
|
|
|
|
|
|
|
Alhmdulillah,dberi peluang kedua,sweet wajah yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tahu kisah yg lebih inspirasi dari artikel ni? Try klik link ni ----> http://bit.ly/2qqMV5T korang akan dapat segala macam kisah yg boleh bg inspirasi tentang kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|