Hanya kerana membawa kek hari jadi yang dibelikan untuk ibu mereka, empat sekeluarga dihalau keluar dari sebuah pesawat penerbangan.
Memetik laporan NY Daily Mail, ketika kejadian, keluarga terbabit dikatakan menaiki penerbangan JetBlue dari New York ke Las Vegas. Ayah kepada dua orang anak itu dikenali sebagai Cameron Burke berkata kek itu dibawa untuk sambutan hari jadi isterinya dan ketika berada di pesawat, kek tersebut telah diletak pada tempat yang diarah oleh krew kabin iaitu di atas tempat duduk yang juga merupakan tempat simpanan barang.
Namun demikian, terdapat krew kabin mempertikaikan mengenai tempat kek itu disimpan, sehinggakan kedua-dua pihak mula bergaduh.
Selepas itu, mereka diminta keluar dari pesawat oleh krew kabin yang turut menghubungi pegawai polis untuk bantuan.
Akan tetapi, keluarga tersebut menjelaskan punca pertengkaran kepada pihak polis dan salah seorang pengawai polis berpendapat keluarga Burke tidak melakukan sebarang kesalahan.
Tidak berakhir di situ sahaja, krew kabin turut mengarahkan semua penumpang turun dari pesawat berkenaan. Tindakan krew kabin itu adalah semata-mata untuk memaksa keluarga Burke yang enggan turun dari pesawat itu.
Walau bagaimanapun, akhirnya keluarga Burke mendapat semula jumlah wang bayaran tiket penerbangan.
Kini, difahamkan keluarga Burke bersedia mendakwa syarikat penerbangan JetBlue, namun dilaporkan syarikat penerbangan itu pula menuduh keluarga Burke tidak mematuhi arahan syarikat penerbangan itu.- CARI
Jersey City family kicked off flight over a cake. @JetBlue says passenger was agitated/security risk. Video appears to tell different story. pic.twitter.com/q0zQzNbHoa
— CeFaan Kim (@CeFaanKim) May 14, 2017
The police took statements from the flight crew and witnesses.
Because there was no space for the cake close to them, the family knowingly decided to put the cake in a compartment reserved for safety equipment, it was fully labeled as such and even had safety equipment in it, the flight attended saw this and told them several times, repeating that the cake had to be moved to another compartment, this was standard procedure and leaving the cake there would be a security risk.
The cake was going to be moved to a compartment away from the family and they took issue with that by refusing, when the flight attendant warning them this time with removal they began yelling, cursing and threatening the staff members.
The flight attendant was not "drunk" it was an excuse for their own behavior.
The video is after the events when security was called in to remove the passengers and everyone including the family had calmed down, the father was recording the whole time yet he chose that small length of video after the incident to post it online.
perkara yg sama pun sering berlaku di tanahair, post video sekerat....konon2 jadi mangsa....kebiasaannya ummah jinjang yg suka buat mcm ni...x sangka kokesen pun sama