CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 11670|Reply: 66

Pengkaji Temui Cara Masak Nasi Putih Yang Tidak Menggemukkan

[Copy link]
Post time 15-5-2017 12:14 PM | Show all posts |Read mode


Tidak dapat dinafikan, ramai yang takut untuk mengambil nasi dalam diet kerana dikatakan boleh menaikkan berat badan.


Ya, kalori dalam nasi pun memang tinggi sehingga 206kcal dan menyebabkan ramai berkira-kira mengambilkan. Namun, tahukah anda ada pengkaji yang menemui cara memasak nasi dan tidak menyebabkan kegemukan?


Memetik Times of India, the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka yang menemui cara tersebut seterusnya menjadi khabar gembira buat mereka yang ingin menjaga badan, juga kesihatan.


1. Caranya, tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.





Dikatakan, cara ini juga membuatkan kandungan kalori nasi putih turun sehingga 60 peratus. Oleh itu, meskipun ia diambil dalam pemakanan harian, ia tidak menaikkan kadar gula dalam darah dengan cepat dan juga tidak membuatkan badan menjadi gendut.


Jadi, bagaimana? Bolehlah mencuba cara begini untuk menanak nasi nanti! - CARI


Foto: Carian internet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Err tak kan nak makan nasi tu sejuk2 kot?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
rebus hingga beras kembng
cedok beras tu dan masak hingga tanak

style orng india masak
jd kita buang air kanji tu
tc guna faizah monghul preboil bashmathi ja
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu keje lak nk sejuk beku kan nasi tu 12 jam.. Org dh kebulur..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok dalam fb masak apa hari ni tu ramai yang ada parents or spouse kencing manis dorang buang air kanji tu pastu taruk air baru b4 continue masak. Maybe cara ni pun boleh digunapakai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau makan tak control portion pun x guna jugak walau dh tukar style masak. Biasenye beras kurang kanji ni akan buat kita jadi cepat lapar. Jadi kena kawal pengambilan juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2017 12:45 PM | Show all posts
lama nk tgu. lapar wooo...

kalau buat awal2 xpe la kalau dang2 tu jgk nk mkn mmg naya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:50 PM | Show all posts
aku mkn nasi bertambah2 setiap hari
xgumuk pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 12:50 PM | Show all posts
la nak kena sejuk 12 jam ?? lapo le
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:50 PM | Show all posts
basuh berulang ulang kalipun boleh mengurangkan kanji dlm beras
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna je beras siam
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:03 PM | Show all posts
Memang boleh kurus lah, nak tuggu nasi sejuk dah separuh hari. Last-last tak makan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:21 PM | Show all posts
harrypoter replied at 15-5-2017 12:50 PM
basuh berulang ulang kalipun boleh mengurangkan kanji dlm beras

Yes, biar je air paip mengalir sampai air beras jadi jernih. Bila masak macam ni, nasi masak seketul-seketul tak melekat sangat sebab air kanji dah takde, rasa pun agak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Beras faiza herba ponni tu bagus, xda kanji. Tapi makan x kenyang ler.. Rasa kosong cause xda kanji..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:33 PM | Show all posts
kena masak nasi malam2 la mcm ni..makan esok nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 01:33 PM | Show all posts
alang2 baik makan beras perang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan dalam kuantiti kecil
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mkn beras herba ponni je kalori mmg rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 03:04 PM | Show all posts
Ingatkan mudah la, byk naw songeh nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2017 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
...kita mkn beras perang je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054022 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list