CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15789|Reply: 140

[Jenayah] (Update FOTO & reman DILANJUTKAN #1) Ustaz SEKOLAH rendah AGAMA di Bangi, RA

[Copy link]
Post time 13-5-2017 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 15-5-2017 04:30 PM

Reman seorang guru sekolah agama (kanan) yang didakwa mencabul enam murid lelaki di Bandar Baru Bangi dilanjutkan. FOTO Aizuddin Saad

Reman dilanjutkan
Isnin, 15 Mei 2017 @ 3:25 PM

TEMPOH tahanan reman seorang guru agama yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap pelajar sekolah rendah agama di Bandar Baru Bangi dilanjutkan sehingga Khamis ini.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Sharifah Fazilah Zulkifli terhadap suspek berusia 29 tahun, pada jam 9.30 pagi, di Kajang, hari ini.

Tempoh reman itu disambung bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan lanjut selepas tempoh reman sebelum yang bermula Jumaat lalu lalu berakhir hari ini.

Pada Jumaat lalu, suspek ditahan selepas polis menerima enam laporan polis berhubung kejadian kes cabul membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun.

Media sebelum ini melaporkan semua mangsa yang tampil memberi keterangan mendakwa mereka dicabul oleh suspek ketika berada di sekolah sejak tahun 2014.


Berita masih tak clear, ada akhbar melaporkan murid perempuan dan ada yang melaporkan murid lelaki...

Guru lelaki didakwa cabul beberapa murid di sekolah
13/05/2017 12:00am

KAJANG - Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah rendah agama di Bangi ditahan polis kelmarin selepas didakwa mencabul beberapa murid lelaki di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, guru terbabit yang berusia 29 tahun ditahan selepas satu laporan diterima daripada seorang pengadu yang juga bapa kepada seorang mangsa berusia 12 tahun.

Jelas sumber itu lagi, laporan itu dibuat susulan kejadian yang berlaku pada 19 April lalu apabila mangsa menceritakan bahawa guru terbabit bertindak memegang kemaluannya yang ketika itu sedang membaca buku bersama rakan sekelas yang lain.

“Tindakan keluarga terbabit telah mendorong enam lagi mangsa tampil membuat laporan dengan menyatakan mereka telah dicabul oleh suspek dalam kejadian berasingan semasa berada di sekolah.

“Berdasarkan keterangan enam mangsa, guru terbabit telah melakukan perbuatan terkutuk itu hampir 30 kali sejak Februari 2014 sehingga April lalu,” kata sumber itu.

Difahamkan kesemua mangsa tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa kerana malu serta takut dimarahi suspek kerana telah berjanji untuk tidak menceritakan hal itu kepada sesiapa.

Kata sumber itu, guru terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan 377D Kanun Keseksaan kerana melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau. - K! ONLINE

Komen di FB Harian Metro:


https://ms-my.facebook.com/harianmetro/posts/10155305785747052


Perbuatan jijik terbongkar
Sabtu, 13 Mei 2017 @ 12:15 AM

PERBUATAN jijik guru lelaki berusia 29 tahun terhadap tujuh murid perempuan sekolah agama di Bangi, sejak empat tahun lalu terbongkar, selepas dia ditahan polis, kelmarin.

Lelaki yang ditahan di sekolah itu direman sehingga Isnin ini.

Sumber berkata, pada mulanya seorang daripada tujuh murid itu yang berusia 12 tahun mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Katanya, keluarga kepada enam murid lain yang turut menjadi mangsa guru itu kemudian melaporkannya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

"Memegang, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki itu.

"Mangsa takut mendedahkan apa yang berlaku kerana takut diapa-apakan oleh lelaki itu dan malu," katanya.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2017 10:01 AM | Show all posts
Tunjuk muka. Tunjuk muka !
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:07 AM | Show all posts
Gila sex punye ustaz. Memalukan saja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang agama sangat konsepnya cikgu agama tu.:
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:10 AM | Show all posts
maknanya dua2 jate tino dia tibai lah kan....

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
penunggang ugamak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-5-2017 10:10 AM
maknanya dua2 jate tino dia tibai lah kan....

Cepatnya ko dtg..     .. paderi meliwat ko diam je menikus..
Ujung ujung ngaku saya tak rasis.. saya tak hina ugama.. ptuih
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakal jd top thread
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Skola mana la ni..ada byk kat bangi tu sekola agama
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ne sejenis bisexual / sejenis gelojoh tak perati artikel betul? Pedonya setad itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapkan pagar, pagar makan padi :
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang ugamak..may u rot in hell fire
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Penunggang ugamak..may u rot in hell fire
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:33 AM | Show all posts
bagus juga lah parents budak ni tak duduk diam lepas tahu anak kena raba..
sesetangah parents bebal anak kena harass pun masih tetap memuja setat setazah
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah ugama APA ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
pedo detected
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2017 11:34 AM | Show all posts
eee bangang nyee..
abis anak orang kau tibai..
sampah masyarakat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 11:40 AM | Show all posts
pesalah mcm ni pancung jer..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi up sket..
Berite yg bakal sepi, xbyk comment tp view tinggi,silent reader ramai
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak percayakan siapa lagi ya kalau banyak kes  macam ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.101239 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list