View: 1859|Reply: 8
|
Lambakan Pengemis Asing Berpunca Sikap Pemurah Rakyat Malaysia
[Copy link]
|
|
Sikap pemurah rakyat yang mudah bersimpati dengan mereka menjadi punca negara kita dibanjiri pengemis khususnya warga asing.
Memetik laporan Bernama, Pengarah Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Roslan Baba berkata demikian selepas menyertai kempen membanteras pengemis di Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan Ahad lalu.
Tambah beliau, pelbagai cara digunakan oleh pengemis semata-mata bagi meraih simpati termasuk keadaan kesihatan mereka serta kanak-kanak yang dibawa sehingga mereka mampu meraih kutipan sehingga RM100 dalam tempoh tiga jam.
"Ada pengemis yang menggunakan kaedah keagamaan dalam mengutip derma sehingga mengelirukan masyarakat. Sekiranya mereka golongan asnaf, kerajaan sudah mempunyai saluran untuk membantu mereka."
Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat dapat bersama dalam kempen membanteras pengemis sebelum ia menjadi "wabak" dalam masyarakat negara ini.
Dianggarkan 95 peratus pengemis di Kelantan adalah warga asing yang terdiri daripada warga Thailand, Myanmar dan Kemboja.- CARI
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201705/09/172824upsasphpsi74bd4o.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dengar di AEON Mall Shah Alam ada 2 pasang bangsa satu ni..minta derma ..derma mesti RM10. Kurang tak diterima. Diorang suka merayau di Food Court.
Nak tangkap katanya tak boleh jadi pekerja-pekerja situ ni mana yang rajin beritahu pelanggan. Dengarnya ada yang murah hati beri RM50 - RM100.
Makin berani ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Sape yang kerja situ sila kongsi maklumat. Saya dapat tahu pun masa tengah membeli di satu butik ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya tajuk kena jadi camni: " PENGEMIS ASING BERPUNCA DARI PENGUATKUASA YANG TIDUR" |
|
|
|
|
|
|
|
xpela dia tipu..dia jawab sama tuhan
kita dah derma kita tetap dpt pahla
sbb bangang mcm tu la dorang kemain lemak
rasakanlah |
|
|
|
|
|
|
|
Sedekah jah harus lah nak masuk sorgaa kan saham akhirat kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba teringat kt kwn aku suka sedekah kat org buta jual tisu dr meja ke meja last2 jodoh kawin ngn anak org kaya.. Cuci kaki je heolls tau |
|
|
|
|
|
|
|
fefeeling replied at 9-5-2017 09:49 PM
Tetiba teringat kt kwn aku suka sedekah kat org buta jual tisu dr meja ke meja last2 jodoh kawin ngn ...
Alhamdulilah |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat traffic light pun ada. Kasi lah lebih sikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|