View: 1607|Reply: 5
|
Media Prima Berhad Ambil Alih 100% Ekuiti REV Asia Holdings
[Copy link]
|
|
Kumpulan media terbesar di Malaysia, Media Prima Berhad hari ini membuat pengumuman, melalui anak syarikat milik penuhnya, Media Prima Digital Sdn Bhd, mengambilalih 100 peratus kepentingan ekuiti REV Asia Holdings Sdn Bhd dalam urus niaga bernilai RM105 juta.
Memetik laporan New Straits Times, pengambilalihan itu adalah untuk memperluas dan memperkembangkan capaian serta kandungan digital dan platform media digital kumpulan, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Media Prima Berhad dalam usaha menjadi syarikat media bersepadu terunggul di Malaysia.
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Media Prima, Mohamad Ariff Ibrahim, berkata pengambilalihan itu adalah tepat pada masanya kerana kumpulan telah memulakan inisiatif berasaskan digital yang agresif bagi mengurangkan kebergantungan perniagaan ke atas pendapatan asas tradisional.
"engambilalihan strategik REV Asia Holdings menunjukkan komitmen kami untuk mengambil kesempatan daripada permintaan kandungan digital yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna melalui peluasan jangkauan digital dan seterusnya meningkatkan kecekapan kumpulan dalam pemasaran kandungan digital, serta pemasaran asli iklan digital."
REV Asia Holdings, iaitu anak syarikat Rev Asia Bhd adalah antara kumpulan media digital terkemuka di Asia Tenggara.
Media Prima kini memiliki empat buah stesen televisyen termasuk TV3, ntv7, 8TV & TV9. Selain itu, akhbar berbahasa Inggeris News Straits Times, akhbar berbahasa Malaysia iaitu Berita Harian dan Harian Metro juga dimiliki Media Prima.
Manakala, antara stesen radio yang dimiliki Media Prima adalah terdiri daripada Hot FM dan Kool FM yang merupakan stesen radio bahasa Malaysia, stesen bahasa Inggeris adalah Fly FM dan Stesen bahasa Cina adalah One FM.
REV Asia Holdings, iaitu anak syarikat Rev Asia Bhd adalah antara kumpulan media digital terkemuka di Asia Tenggara.
Portfolio Rev Asia merangkumi pelbagai segmen termasuk hiburan, gaya hidup dan sosial alaf baharu dalam bahasa Inggeris, Melayu dan China. Syarikat itu mempunyai rekod prestasi media sosial dan pemasaran dalam talian yang kukuh.
Kini REV Asia memiliki pelbagai laman internet, antara yang dikenali ramai adalah SAYS dan Viralcham yang merupakan laman internet bahasa Inggeris, laman internet bahasa Malaysia adalah OH BULAN! dan untuk bahasa Cina adalah ROJAKLAH.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
baru akak tahu dia org ni satu company, akak fikir blogger professional rupanya koporat besar. RM 105 juta banyak tu..
how this company sustain tu pay staff salary without sell any product just by doing content website? curious.. income google adsense tu banyak ke boleh cover semua? atau ada strategi ?
curious sangat2.. moga one day dapat berenang dalam perniagaan digital content marketing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iklan kan...aper review je dh 10k kan? Haha |
|
|
|
|
|
|
|
apa lah gunanya REV ni..??
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh bulan kena beli la mcm tu. Kalau 1 hari nnt...diorang beli CARI camano |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu
nanti bykkan lagi live bola sepak malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|