Krup krap, krup krap. Eh, bunyi apa tu? Oh, makaroni goreng rupanya. Makaroni Krispy ini memang sangat sedap dijadikan bahan kudapan seisi keluarga terutama ketika menonton rancangan kegemaran bersama. Memang ralit mengudap, tak sedar bila dah habis!
Foto: FB Eka Zahra/Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Ha! bagi anda yang ingin membuat sendiri kudapan Makaroni Krispi ini, jom kita buat sama-sama!
Bahan diperlukan:
Makaroni (brand dan kuantiti terserah pada anda)
Sedikit tepung goreng
Serbuk keju Parmesan
Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni sehingga separa masak
2. Angkat dan toskan makaroni dan salut dengan tepung
3. Goreng makaroni dengan minyak terendam sehingga garing (hilang buih dan dan makaroni berwarna keperangan)
4. Angkat dan toskan. Tabur keju (tak ada pun tak mengapa)
Siap dihidang! Memang tak sedar kalau dah mula mengunyah Makaroni Krispy ni. Krup krap, tahu-tahu dah habis tinggal bekas sahaja. Memang ketagih! - CARI
Kredit resipi: FB Eka Zahra/Masak Apa Hari Ni (MAHN) |