Banyak juga kegunaan ubat gigi ya. Bukan sahaja boleh membersih dan memutihkan gigi, tapi siapa sangka ia juga mampu membersihkan kasut putih dan menjadikannya seperti kasut baru!
Foto: Dental Implants Newport News, VA
Bahan Diperlukan:
Ubat gigi
Berus gigi
Air
Caranya:
1. Calit ubat gigi pada berus gigi dan celupkan ke dalam air.
2. Sental bahagian kasut yang kotor dengan berus yang sudah diletakkan ubat gigi tadi.
3. Kalau nak cepat kering, lap permukaan kasut dengan paper towel tanpa membilasnya dengan air.
Foto: Real Moms
Anda akan dapati hasilnya sangat memuaskan. Macam kasut baru pun ada. Jadi, bagi ibu-ibu yang selalu kena sental kasut sekolah anak-anak bolehlah beli ubat gigi lebih untuk mencuci kasut anak. Selamat mencuba! - CARI |