Buat para ibu bapa yang risau sekiranya anak mereka dilahirkan pramatang, pasti sedih membayangkan anak hidup di dalam sebuah 'peti' inkubator tanpa menikmati persekitaran dalam rahim ibu.
Foto: American Pregnancy Association
Tapi kini, bayi pramatang akan dapat menikmati persekitaran dan fungsi rahim tiruan persis rahim ibu lengkap dengan nutrisinya.
Memetik Reuters, Saintis (AS) berjaya menghasilkan beg berisi cecair persis rahim yang dikenali sebagai peranti sokongan tambahan untuk penjagaan bayi pramatang, sekali gus meningkatkan peluang bayi untuk hidup.
Dalam kajian praklinikal membabitkan anak bebiri, saintis berjaya menghasilkan persekitaran rahim dan fungsi plasenta tiruan yang dapat memastikan perkembangan paru-paru dan organ lain bayi pramatang.
Foto: The Guardian
Menurut penyelidik, sekitar 30,000 bayi di AS dilahirkan awal iaitu pada usia kandungan 23 hingga 26 minggu. Pada usia itu, berat bayi pramatang adalah dalam lingkungan 500 gram dan peluang untuk hidup sangat tipis kerana paru-parunya belum cukup kuat.
"Bagaimanapun, jika mereka dapat teruskan hidup mereka mungkin berhadapan kecacatan kekal," kata ketua penyelidik Alan Flake.
Tambahnya, bayi pramatang juga mampu bergantung hidup pada rahim tiruan itu selama beberapa minggu.
Tapi jika dilihat menerusi gambar rahim tiruan itu, nampak anak bebiri di dalamnya macam kasihan sahaja. Macam duduk dalam beg vakum makanan pun ada juga rupanya. - CARI |