Foto: Dailymail.co.uk
Buat pertama kalinya, ratu cantik dari Itali mendedahkan wajahnya yang terkini selepas disimbah asid oleh bekas teman lelakinya.
Menerusi sebuah program televisyen Canale 5's Maurizio Costanzo, Gessica Notaro, 27 telah ditemu ramah tentang kejadian tragik yang menimpa dirinya itu.
Menurut laporan Daily Mail, Gessica yang sebelum ini bekerja di sebuah pusat akuarium telah bertemu dengan bekas kekasihnya, Tavares di tempat yang sama.
Tavares, Foto: Dailymail.co.uk
Mereka kemudiannya berpisah pada Ogos 2016, namun Tavares dikatakan cemburu dan sering mengekorinya sebelum bertindak mencurah asid ke muka wanita berkenaan.
”Sewaktu dia mencurahkan asid ke muka saya, saya melutut dan berdoa supaya mata saya tidak buta.
”Saya juga telah dikurung selama dua bulan di dalam hospital dan hanya boleh bercakap dengan ibu saya menerusi tingkap cermin,” katanya.
Foto: Dailymail.co.uk
Sehingga kini dia masih trauma untuk keluar dari rumah dan Finalis pertandingan Miss Italy 2007 itu kini dalam proses pemulihan wajah dan dia terpaksa membelanjakan keseluruhan wang simpanannya untuk rawatan. -CARI |