CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14758|Reply: 29

Hyperbaric Chamber? Apa tu??

[Copy link]
Post time 21-4-2017 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by catalina at 21-4-2017 12:05 PM

Kebuk mampatan hiperbarik sinar baru pesakit luka diabetis

Dalam hyperbaric chamber yang boleh menempatkan seramai 10 pesait + 1 juruteknik. Chamber dikawal oleh 2 orang juruteknik dari luar yang sentiasa berkomunikasi dengan juruteknik di dalam chamber.



Oleh: HAMDEN RAMLI

SELALUNYA, apabila bercerita mengenai kebuk mampatan hiperbarik di Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik (IPBAH), Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, orang selalu mengaitkannya dengan perubatan selam atau apa-apa penyakit berkaitan aktiviti bawah air.
Namun satu perkara yang telah lama dilakukan oleh jabatan ini dengan berjaya, tetapi tidak banyak diperkatakan adalah keupayaan menyembuh luka kritikal pesakit kencing manis.

Semua sedia maklum, luka pada pesakit kencing manis sukar untuk diubati dan selalunya jalan penyelesaian adalah dengan membuang anggota badan yang dijangkiti luka berkenaan.
Namun dengan rawatan terapi hiperbarik, kadar pereputan oleh luka mampu dikawal dan dihentikan. Sehingga kini lebih 700 pesakit kencing manis telah mendapat manfaat daripada rawatan itu.

Oleh kerana itu tidak menghairankan jika ada yang memberikan jolokan kepada institut itu sebagai sinar baru bagi penyakit kencing manis.
Pun begitu, awal-awal lagi, Ketua Jabatannya, Leftenan Kolonel Dr. Abdul Halim Mohamed menegaskan rawatan itu bagaimanapun bukan menyembuhkan sakit kencing manis berkenaan tetapi sekadar menghentikan dan menyembuhkan luka pada pesakit kencing manis.
"Sakit kencing manis itu perlu dirawat menggunakan kaedah yang berbeza. Namun kejayaan menyembuh luka tanpa pembedahan membuang anggota badan adalah satu pencapaian yang amat dibanggakan,'' katanya yang juga merupakan seorang penyelam laut dalam dan anggota penerjun bebas profesional.

Beliau berkata, ringkasnya, rawatan hiperbarik oksigen (HBO) menyaksikan pesakit didedahkan kepada persekitaran yang mempunyai tahap tekanan tinggi berbanding keadaan biasa.
Dalam persekitaran yang hanya boleh diwujudkan menggunakan kebuk yang tidak ubah seperti sebuah kapal selam itu, pesakit akan dibiarkan bernafas 100 peratus gas oksigen.

"Bagi pesakit luka, dengan meningkatkan tekanan akan membantu memulihkan aliran oksigen ke kawasan luka. Ini dapat membantu menjalankan semula proses metabolisma.
"Sel-sel darah putih dapat menjalankan semula proses pertahanan dari jangkitan, dan proses penyembuhan pada peringkat sel dan tisu luka dapat bermula semula," katanya.

Dr. Halim berkata, rawatan terapi hiperbarik bukan sahaja berkesan merawat luka tetapi 13 jenis penyakit lain.
Antaranya, penyakit nyah tekanan (DCS) yang juga dikenali sebagai dekompresi (decompression sickness). Penyakit ini merupakan sejenis gangguan fisiologi yang disebabkan oleh penurunan tekanan atmosfera yang terlalu cepat dan banyak berlaku kepada penyelam.
Penyakit lain ialah keracunan gas, tekanan trauma akibat pengembangan dan pengecutan ruang udara dalam badan, Dysbaric Osteonecrosis atau penyakit yang mengakibatkan kerosakan sendi, patah tulang, tulang reput dan mati, lemas dan serangan hidupan laut dan luka kebakaran yang teruk.

Bagaimanapun, katanya, rawatan klinikal hiperbarik hanyalah sebahagian daripada rutin tugas Jabatan Perubatan Selam Hiperbarik (JSPSH).
Objektif utama penubuhan JPSH yang dianggotai oleh dua doktor dan sembilan paramedik terlatih dalam perubatan selam ialah untuk melindungi dan mempertingkatkan kesihatan penyelam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Rawatan klinikal hanya dibuat atas rujukan hospital kerajaan dan bergantung kepada kemampuan jabatan serta HAT Lumut," katanya.
Sejak beroperasi pada tahun 1996, lebih 180 penyelam dan lebih 700 pesakit telah mendapat manfaat dari rawatan HBO di HAT Lumut.
Daripada 700 pesakit itu kebanyakannya melibatkan kes luka di kaki akibat kencing manis.

Katanya, kebuk hiperbarik bernilai RM4.7 juta dari jenis Drass Galeazzi buatan Itali itu mempunyai tiga bahagian utama iaitu bahagian klinikal, penyelam dan bahagian kemasukan.
Kebuk hiperbarik itu mampu merawat seramai 17 pesakit dalam satu masa iaitu masing-masing 10 di bahagian klinikal dan lima di bahagian penyelam.

Sebelum 1996, rawatan HBO hanya dijalankan di luar negara, khususnya negara-negara maju.
Selain rawatan klinikal dan kecemasan selam, JPSH mengendalikan kira-kira 500 pemeriksaan ke atas penyelam. Ini termasuk daripada jabatan kerajaan seperti bomba dan penyelamat, Pasukan Gerak Khas (PGK) dan Jabatan Perikanan.
Dengan perkembangan fungsi serta tanggungjawab pada 2003, institut itu yang sebelum ini dikenali sebagai JPSH telah dinaik taraf sebagai Institut dan dikenali IPBAH.
"IPBAH kini menjadi pusat rujukan bagi kesemua pesakit yang mengalami penyakit-penyakit selam dan rawatan hiperbarik di negara ini," katanya.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Polis_%26_Tentera&pg=te_03.htm#ixzz4eqiTQgL2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2017 11:13 AM | Show all posts
ATM tawar kemudahan perubatan hiperbarik

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my



ANDREW Ng Wei Aun menunjukkan bagaimana kebuk mampatan atau hyperbaric chamber berfungsi


PERUBATAN hiperbarik mungkin sesuatu yang asing kepada kebanyakan orang ramai.

Namun bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti selaman atau skuba, hiperbarik merupakan satu kemestian jika menghadapi kecemasan.

Di Hospitan Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, perubatan hiperbarik merupakan salah satu perbezaan yang ditawarkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berbanding hospital-hospital awam biasa.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Hiperbarik, Mejar (Dr.) Andrew Ng Wei Aun, 34, perubatan hiperbarik yang menggunakan kebuk mampatan atau hyperbaric chamber mampu merawat 13 jenis indikasi kecederaan dengan menggunakan oksigen hiperbarik.

“Kebuk mampatan itu mampu merawat masalah gangren gas, embolisme udara, keracunan karbon monoksida, kecederaan traumatic iskemia, luka yang sukar sembuh, penyakit anemia, penanahan dalam otak dan jangkitan di tisu nekrotik.

&#147enyakit penyahmampatan, jangkitan dalam tulang, osteomyelitis, graft kulit akibat pembedahan kulit baru dan kebakaran terma juga mampu dirawat dengan cara ini,’’
katanya semasa menerangkan kecanggihan sistem perubatan itu kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini..

Beliau berkata, teknologi itu bukanlah sesuatu yang baru kerana HAT Lumut sudah mempunyai teknologi berkenaan.

“Namun ia turut ditempatkan di sini selain Lumut kerana lokasinya yang strategik di Kuala Lumpur dan memudahkan penghantaran mangsa jika berlaku sebarang kecemasan,’’ jelasnya. Mengulas lanjut kebuk mampatan itu beroperasi, Andrew menerangkan semua pesakit akan ditempatkan dalam kebuk mampatan sementara doktor dan staf sokongan akan memerhatikan dari luar melalui skrin.

“Kami akan berinteraksi dengan pesakit melalui audio dan tempoh rawatan bergantung kepada kecederaan atau penyakit yang dialami oleh pesakit.

“Biasanya jika penyakit penyamampatan berlaku selepas melakukan selaman, tempoh rawatan yang akan diberikan ialah selama 90 minit,’’ jelasnya.

Ciri keselamatan seperti pemadam kebakaran automatik diletakkan sebagai langkah penjagaan.

Menurut Andrew, tekanan udara di dalam kebuk mampatan itu bersamaan seperti berada di bawah permukaan air.

“Keadaan di dalam kebuk mampatan itu boleh diibaratkan seperti ketika melakukan penyelaman tetapi bezanya ia kering.

“Tekanan udara yang tinggi ini memberi bekalan oksigen tambahan dan menghasilkan sel darah merah.

“Ia cukup baik kepada mereka yang menghadapi masalah anemia dan luka yang sukar sembuh,’’ katanya.

Tambahnya, teknologi berkenaan begitu ekonomi kerana mampu merawat ramai pesakit dalam satu-satu masa.

“Semasa dalam rawatan juga, doktor pakar daripada bahagian berkaitan dengan pesakit akan berada di sini,’’ ujarnya.

Selain teknologi kebuk mampatan, satu lagi kemajuan perubatan ketenteraan yang terdapat di HAT Tuanku Mizan ialah `Life Support for Trauma and Transportation’ atau nama ringkasnya `Mobile ICU’.

Ujar Andrew, `Mobile ICU’ itu bersamaan dengan sebuah kelengkapan perubatan Unit Rawatan Rapi yang lengkap namun ia boleh dibawa dengan mudah kerana kelengkapan perubatannya ringkas.

Lebih membanggakan, beliau memberitahu, negara ini merupakan negara Asia pertama mempunyai kelengkapan tersebut yang berasal dari Amerika Syarikat.

“Teknologi perubatan ketenteraan ini digunakan sepenuhnya oleh tentera Amerika Syarikat dan cukup berguna semasa menghadapai peperangan.

“Sebagai contoh seperti tekanan darah, kandungan asid di dalam badan, bekalan oksigen dan segala sistem terdapat di dalam `Mobile ICU’ ini,’’ ujarnya.

Satu lagi kecanggihan disediakan oleh perubatan ATM ialah sistem khemah dekoteminasi yang berperanan semasa menghadapi bencana akibat serangan agen-agen CBRNE (kimia, biologikal, radioaktif, nuklear dan bahan letupan).

“Khemah ini boleh dipasang dalam masa 15 minit sahaja oleh empat orang manakala beratnya hanya sekitar 90 kilogram dan mudah untuk dibawa serta tahan lasak.

“Terdapat tiga ruang di dalam khemah ini yang mana laluan tengah berfungsi menerima pesakit kritikal yang sudah tidak sedarkan diri manakala dua laluan tepinya merawat pesakit yang masih mampu berjalan,’’ katanya.

Fungsi khemah itu adalah sebagai pembersih agen CBRNE kepada mangsa yang terdedah sebelum diberi rawatan selanjutnya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz4eqkyHmpy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 11:14 AM | Show all posts
Edited by catalina at 21-4-2017 11:57 AM



TERAPI HIPERBARIK OKSIGEN MEMASUKKAN Oksigen ke dalamtisu badan yang kekurangan Oksigen.
Hiperbarik oksigen bermaksud oksigen bertekanan tinggi.Terapi Hiperbarik Oksigen (HBOT) ialah satu kaedah rawatan peyembuhan di manapesakit bernafas 100% oksigen di bawah tekanan tinggi.
Terapi ini dijalankan di dalam kebuk hiperbarik yang mempumemberikan tekanan yang dikehendaki. Terapi ini tidak ivasif dan penggunaannyadapat memberikan faedah kepada pesakit dalam mempercepatkan proses penyembuhan.
Oksigen adalah gas semulajadi yang menjadi satu kemestiandalam kehidupan dan proses penyembuhan. Namun, apabila di bawah tekanan tinggi,oksigen yang sama dapat menembusi ke anggota badan yang kekurangan oksigen yangmungkin disebabkan kecederaan atau jangkitan kuman. Ini menjadikan keterlarutanoksigen yang tinggi dalam darah, tisu dan cecair di mana ianya membantu dalammemperbaiki tisu rosak dan memulihkan pengaliran oksigen dalam badan.

Manafaat dan kesan HBOT adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan penyerapan oksigen pada plasma dan meningkatkanpenerimaan oksigen di dalam darah dan bendalir badan
  • Merangsang proses penyembuhan dan pertumbuhan pembuluh darahbaru
  • Mengurangkan pembengkakan dan keradangan
  • Membantu mekanisma normal penahan badan untuk menentangjangkitan dengan berkesan dan menghasilkan kesan sinergistik  dengan antibiotik tertentu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 11:46 AM | Show all posts







Ruang dalam Kebuk Hiperbarik (Chamber) ` multiplace’.yang digunakan untuk rawatan.




SEJARAH

Sejarah awal yang mencatitkan usaha dalam penggunaan Chamber hiperbarik bermula selepas berlaku beberapa kes berkaitan penyakit dekompressi keatas pekerja-pekerja lombong arang batu pada tahun 1841. Pada tahun 1860 hingga 1870 dalam pembinaan jambatan Brooklyn dicatitkan terdapat 110 kes penyakit dekompressi dengan 2 kes kematian keatas pekerja-pekerja bawah tanah.

Dan seorang jurutera telah lumpuh selepas 7 jam berada di dalam terowong bawah tanah sewaktu melawan kebakaran. 1862 D.Joudanet menjalankan kajian awal berkaitan terapi tekanan rendah dan membina Chamber altitude dan tekanan tinggi di Paris,Perancis. 1875 C.Forlini membina tempat mandi hiperbarik di Milan Italy. 1878 apabila Paul Bert menemui apa yang dipanggil Baromatic Pressure dimana beliau mendapati seseorang yang terdedah kepada tekanan persekitaran akan mengalami beberapa kesan dan symptom-simptom tertentu yang mana kini dikenali sebagai `Caissons Desease’,Teori buih penyakit dekompressi (DCS) dan Keracunan Oksigen.
Lalu beliau mencadangkan kenaikan secara perlahan-lahan kepermukaan boleh merawat gejala tersebut,lama kelamaan Oksigen pula digunakan dalam rawatan symptom tersebut. Paul Bert meneruskan kajian berkaitan hiperbarik dan membina chamber hiperbarik dan altitude.Beliau kemudian digelar sebagai `Father of Pressure Phisiology’ Pada tahun 1879 – 1890 didalam cubaan membina laluan bawah tanah antara New York dan New Jersey direkodkan yang chamber hiperbarik yang digunakan dalam projek tersebut adalah yang pertama Berjaya merawat penyakit dekompressi (DCS).

Pembinaan laluan bawah tanah tersebut bagaimanapun dihentikan dan ditinggalkan selepas mengalami banjir besar. 1885 Brompton Hospital antara hospital terawal di London yang mempunyai hiperbarik Chamber. 1928-Hiperbarik Chamber terbesar pernah dibina di Cleveland.Ohio setinggi 6 tingkat,mempunyai 72 bilik dan 62 ruang rehat dengan kemudahan sebagai sebuah hotel penginapan. 1960 – Ite Boerama mendapati yang Oksigen dibawa oleh plasma dalam darah.Seterusnya melonjakan lagi teknologi rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik.Dengan penemuan tersebut beliau digelar sebagai `Father of Hyperbaric Oxygen therapy’. Hasil dari kajian yang berterusan dan sejarah yang panjang kaedah Terapi Hiperbarik Oksigen (HBOT) kini digunakan dengan lebih meluas lagi. Sekarang penggunaan HBOT selain untuk merawat penyakit akibat aktiviti menyelam dan kerja-kerja dibawah tanah ia juga didapati bermanfaat untuk merawat berbagai penyakit klinikal.Malah pembedahan juga kadang-kadang turut dilakukan didalam hiperbarik chamber.


Pembedahan juga pernah dilakukan didalam Hiperbarik chamber











Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 11:52 AM | Show all posts
Rawatan menggunakan kaedah hiperbarik ini adalah masih baru dan agak asing di Malaysia tetapi telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan beberapa Negara lain sejak sekian lama.Sehingga ada individu di sana yang berkemampuan akan membeli chamber untuk kegunaan mereka sendiri dirumah,malah yang lebih mengejutkan lagi ada yang mereka-cipta atau mengfabrikasi chamber mereka sendiri.

Malah celebriti yang kaya di Amerika antaranya mendiang Frank Sinatra dan Michael Jackson juga turut memiliki `chamber’ mereka sendiri dan melakukan Terapi Hiperbarik Oksigen sendiri dirumah. Tetapi di Malaysia didapati masih ramai penyelam-penyelam scuba yang tidak tahu apa itu chamber hiperbarik apatah lagi melihat sendiri rupa bentuk chamber hiperbarik sebenar.

Selain dari digunakan untuk merawat penyelam,chamber hiperbarik juga turut digunakan untuk merawat juruterbang atau angkasawan yang mendapat penyakit berkaitan  tekanan altitude tinggi kerana terbang terlalu tinggi dimana kandungan oksigen diruang udara yang tipis akan menyebabkan juruterbang jet-jet pejuang akan mendapat symptom-simptom tertentu. Selain dari itu kuda-kuda yang digunakan dalam perlumbaan di Amerika Syarikat juga turut mendapat rawatan menggunakan kaedah ini. Kaedah ini pada asalnya hanya digunakan untuk merawat penyelam sahaja lama kelamaan dari hasil kajian yang dijalankan sejak awal abad 21 didapati yang penyakit-penyakit lain juga boleh dirawat menggunakan teknologi rawatan hyperbaric.

Antara penyakit-penyakit penyelam dan klinikal yang boleh dirawat menggunakan kaedah HBOT ini  ialah (senarai penyakit yang tersenarai adalah sedikit berbeza dengan beberapa Negara-US.Europe Jepun dan Rusia  namun perbezaannya adalah amat kecil ).

1-Gas Embolism
2-Air Embolism
3-Diabetic
4-kanser
5-Strok
6-Keracunan sianida
7-Keracunan karbon monoksida
8-keracunan oksigen
9-gas gangrene
10- Soft Tissue Infections
11- Osteomyelitis
12- Radiation Tissue Damage
13- Crush Injury/ Traumatic Ischemia,
14-Arterial Insufficiencies
15- Thermal Burns
16- Intracranial Abscess
17- Arterial Insufficiencies
18-Altitude Decompression Sickness
19- Autism dan Cerebral palsy
20- Kesegaran dan Kecantikan (Kosmetik)


Kontra Indikasi

Terapi HBO sama juga seperti kaedah perubatan lain didalam  ia memiliki manfaat yang begitu besar namun ia juga  mempunyai  komplikasi dan kontra indikasi tertentu  walaupun  begitu  Adalah dinasihatkan iaitu sebelum melakukan terapi rawatan tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan  nasihat  dari doktor  pakar atau perunding hiperbarik.

Pesakit-pesakit yang yang mengambil ubat ubat tertentu tidak digalakkan menjalani rawatan HBOT kerana tekanan persekitaran dan oksigen dibawah tekanan bakal memberi tidakbalas negatif dari pengambilan ubat tersebut Antara ubat-ubat yang dinyatakan adalah Doxorubicin (Adriamycin) –Ubat Kemotrapi,Cisplatin – Ubat Kemotrapi,Disulfiram (Antabuse) –merawat ketagihan arkohol dan juga Mafenide acetate (Sulfamylon) – merawat jangkitan bacteria  luka kebakaran.

Selain dari itu beberapa lagi kontraindikasi lain turut disenaraikan dalam  rawatan HBOT iaitu Pesakit yang menghadapi masaalah jantung,pesakit jangkitan respiratori atas,Demam yang kuat,Sejarah dalam pembedahan jantung,wanita mengandung dan beberapa lagi.            

Di Malaysia terdapat beberapa pusat rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik dengan Hospital Angkatan Tentera di Lumut Perak adalah sebagai peneraju awal dalam bidang ini.Kini Hospital Sultan Mizan di Wangsa Maju juga turut memiliki kemudahan dalam memberikan rawatan HBOT. Selain dari Hospital Tentera dan Hospital Kerajaan yang mempunyai kemudahan rawatan HBOT beberapa syarikat  swasta turut menawarkan rawatan HBOT di klinik-klinik mereka antaranya  Kuala Lumpur Hiperbarik Centre(KLHC),yang terletak di Tasik Titiwangsa dan Pulau Pinang.Selain dari KLHC terdapat juga beberapa lagi klinik swasta lain diIpoh dan Pulau Pinang yang memberikan perkhidmatan dalam kaedah rawatan hiperbarik ini. Walaupun dinegara jiran Malaysia seperti Singapura dan Indonesia ada menawarkan perkhidmatan rawatan yang serupa namun pusat perubatan diMalaysia sering menjadi pilihan kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kemahiran yang diiktiraf antarabangsa.KLCH dipercayai satu-satunya syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya bumiputra yang menawarkan perkhidmatan rawatan hiperbarik sama ada untuk pesakit klinikal dan juga penyelam yang bermasaalah.  



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 11:53 AM | Show all posts

Pesakit Strok yang menggunakan kaedah rawatan Terapi Hiperbarik Oksigen diperiksa sebelum dimasukkan kedalam Chamber Hiperbarik yang terdapat di  Kuala Lumpur Hiperbarik Centre(KLHC)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-4-2017 11:58 AM | Show all posts
Antara lokasi HC swasta yang boleh dikunjungi.

Hyperbaric Health - Ipoh
16, Persiaran Greentown 1

Greentown Business Centre

Ipoh

Perak

30450

+605 2532742 (phone) / +60 5683 7169 (fax)

ctlee@tm.net.my

Director: Dr. Chin-Thang Lee

Multiplace: Yes

Klinik Ebrahim & Surgeri
HBO centre

#3.15 The Ampwalk (North block), 218 JLN

218 Jalan Ampang

Kuala Lumpur

Malaysia

50450

603 21632469 (phone)

drmaung@hotmail.com

Director: Prof Dr Hj Mohd Ebrahim Sulaiman

Multiplace: Yes

Alternative email:
drmaung AT pc DOT jaring DOT my

http://midlandsdivingchamber.co. ... region=2&country=38
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 12:01 PM | Show all posts
Intervensi untuk menggantikan gigi yang hilang: terapi oksigen hiperbarik untuk pesakit tersinar yang memerlukan implan pergigian.


Soalan ulasan

Ulasan oleh penulis Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane dihasilkan untuk membandingkan kejayaan rawatan implan pergigian yang dibuat di kalangan pesakit yang telah mendapat rawatan sinaran dengan atau tanpa terapi oksigen hiperbarik (HBO).

Latarbelakang

Kehilangan gigi boleh mempengaruhi pemakanan dan pertuturan serta paras rupa .Implan pergigian menawarkan satu cara menggantikan gigi yang hilang.Pesakit yang telah menajalani radioterapi dan juga surgeri kanser di bahagian kepala dan leher boleh mendapat manfaat pembentukan semula dengan implan.Implan pergigigan di dalam tulang rahang memberi sokongan untuk penggantian gigi dan bahagian-bahagian mulut (prostesis) yang telah dibuang selepas surgeri kanser atau akibat kerosakan tulang (osteonekrosis) yang disebabkan oleh rawatan sinaran.

Terapi oksigen hiperbarik (yang memerlukan pesakit menyedut oksigen tulen di bawah tekanan beberapa kali dalam kebuk yang direkabentuk khas) telah dianjurkan untuk meningkatkan kejayaan rawatan implan. Terapi HBO dapat meningkatkan penyembuhan tisu dan tulang sekitar implan pergigian dalam kalangan pesakit yang telah menjalani radioterapi, namun ia masih menjadi isu kontroversi.

Ciri kajian

Bukti ulasan ini adalah terkini sehingga 1 Julai 2013.Satu kajian kecil di dapati yang dijalankan di sebuah klinik kanser kepala dan leher di universiti di Netherlands. Kajian mempunyai 26 pesakit dewasa yang telah dirawat untuk kanser kepala dan leher dengan radioterapi atau kombinasi radioterapi dengan surgeri.Semua peserta telah hilang gigi di rahang bawah dan mengalami masalah mengekalkan dentur.Peserta di bahagi kepada dua kumpulan, 13 dirawat dengan HBO dan 13 lagi tanpa HBO.

Keputusan utama

Ia hanyalah satu kajian kecil yang membandingkan rawatan dengan HBO dan tanpa HBO yang berisiko bias tinggi. Keputusan tidak dapat menentukan manfaat terapi HBO dalam mencegah kegagalan implan pergigian atau komplikasi serius lain seperti kerosakan tulang akibat rawatan radioterapi. Lebih banyak kajian bermutu diperlukan untuk memberi jawapan pasti kepada persoalan ini.

Kualiti bukti

Bukti adalah berkualiti rendah kerana ia hanya berdasarkan atas satu kajian kecil yang berisiko bias tinggi.

Nota terjemahan:
Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College) Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB) Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini,sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2017 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
baru aritu hubby cite pasal ni. kawan dia bapaknya tentera ada buat rawatan ni.. dia bersungguh cerita.. betol lupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nice info..mmg belum ramai ketahui...byk rawatan dh berjaya dilakukan guna kaedah nie..sgt bgs...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 12:34 PM | Show all posts
rawatan dia camne yek? pesakit tu duduk dalam air ker? sebab mcm ade cakap penyelam jaga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 01:44 PM | Show all posts
kurga replied at 21-4-2017 12:34 PM
rawatan dia camne yek? pesakit tu duduk dalam air ker? sebab mcm ade cakap penyelam jaga.

my mom pernah guna rawatan hyperbaric ni 12xsetiap sessi 2 hours di Hospital Tentera di Lumut

masa tu my mom admitted di Hospital Manjung disebabkan dia eksiden masa nak naik bas
dia baru nak naik satu kaki atas tangga & bas tu jalan
akibatnya tayar bas melanggar kaki kanan dia
mmg teruk sampai isi kaki jd penyek & membusuk selepas seminggu

so doktor Manjung buat usul rawat di hospital Lumut utk 16 sessi
setiap pagi kul 8am kena naik ambulan pegi sana bersama2 3 pesakit hospital Manjung yg kena diabetis

1st day kita kena jumpa dulu doktor hospital Lumut tu utk dia buat evaluation how severe injury tu kan
lps tu dia akan cuci luka buang maner2 isi yg dh busuk, seriously u do not want to be in that room...ngeri weeii...
lps tu dia suruh balik n dtg the next day utk masuk chamber

ada 2 jenis chamber, 1 chamber yg duk ramai2 mcm atas tu
1 lagi chamber single bed, kita just baring dlm tu sambil tgk vcd selama sejam

dia bagi kita pakai mask on off yg akan salurkan oksigen
juruteknik akan arahkan kita utk pakai atau buka mask selama tu
ada org dia tak tahan dia akan rasa pening & nak muntah
so kena stop half way

masuk chamber ni tak boleh selalu sbb gegendang telinga boleh pecah




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 01:49 PM | Show all posts
cheergirlz replied at 21-4-2017 12:21 PM
nice info..mmg belum ramai ketahui...byk rawatan dh berjaya dilakukan guna kaedah nie..sgt bgs...

masa my mom buat rawatan chamber ni ada jugak doktor dr manjung yg patah kaki

dia masuk chamber sbb nak kan kaki dia cepat sembuh

itu antaranya kebaikan chamber ni selain drp utk rawatan luka pesakit diabetis

senang cakap nak ubati aper aje berkait dengan luka2 mmg dianjurkan

cumanya rawatan ni costly, kalau dulu persessi dlm rm200+ di swasta, that was in 2012

pastu klu nk pegi hospital tentera tak ingat dah aper procedurenya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 01:52 PM | Show all posts
Super-M replied at 21-4-2017 12:18 PM
baru aritu hubby cite pasal ni. kawan dia bapaknya tentera ada buat rawatan ni.. dia bersungguh ceri ...

yes mmg dah lama wujud cuma sangat limited org yg tahu mengenainya

my friend dulu nak bawak unclenya pegi umrah tp tiba2 eksiden kena api ker air panas camtulah

menyebabkan kakinya cedera kulit terbakar

so dia bawak unclenya pergi rawatan hyperbaric swasta ni beberapa sessi

mmg cepatlah baik berbanding just tunggu aje.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 01:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2017 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2017 02:03 PM | Show all posts
kurga replied at 21-4-2017 12:34 PM
rawatan dia camne yek? pesakit tu duduk dalam air ker? sebab mcm ade cakap penyelam jaga.

ini contoh HBOT yg Michael Jackson guna dulu di rumahnya



kan dulu MJ ada problem sakit kulit kan?
thats why dia guna HBOT ni utk menghantar oksigen sampai ke hujung kapilari darah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 21-4-2017 01:49 PM
masa my mom buat rawatan chamber ni ada jugak doktor dr manjung yg patah kaki

dia masuk chamber ...

ooh..ok..baru tahu....tq bg bg info, so mom chuols mcm mna skunk lps wat treatment chamber nie?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 21-4-2017 01:56 PM

ini kira antara kaedah treatment y dijalankan ke atas pesakit  laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
catalina replied at 21-4-2017 01:52 PM
yes mmg dah lama wujud cuma sangat limited org yg tahu mengenainya

my friend dulu nak bawak unc ...

aa.. suami aku cerita tak ramai yg tahu.. tp sebenarnya amat berkesan.. kalau org luar pun bayaran xmahal
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.110240 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list