"Industri ini kecil jadi tak payah rasanya hendak bermusuhan, lambat-laun akan berjumpa juga seperti hari ini."
Pemikiran positif begini lah yang kita mahu lihat daripada artis tanah air seperti Miera Leyana yang tidak menyimpan perasaan dendam terhadap bekas teman lelakinya, aktor Shahrizal Jaszle.
Foto: Miera Leyana
Malah, aktres itu tidak kisah seandainya mereka digandingkan dalam drama atau filem.
"Kami juga saling menyapa ketika bertemu tadi. Jadi jika ada yang hendak gandingkan kami dalam drama atau filem, saya okey sahaja," katanya kepada mStar Online.
Tambah Miera, kehadirannya pada tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka yang menggandingkannya bersama bekas teman lelaki adalah bukti mereka sudah 'move on' daripada kisah lampau.
Sementara itu, Shahrizal juga menegaskan dia tiada sebarang masalah dengan Miera, malah mereka pernah digandingkan bersama dalam drama 'Harapan' untuk RTM hanya selepas tiga bulan berpisah.
Foto: IG Shahrizal Jaszle
"Sebelum ini pun kami pernah bertemu dan tiada apa-apa masalah, jadi tiada isu pun," katanya.
Terdahulu, pasangan itu menjalin hubungan cinta namun berpisah pada Februari 2012 selepas lima bulan bersama.
Kan bagus kalau semua orang berfikiran begini. Perpisahan dalam sebuah perhubungan bukanlah suatu pengakhiran kerana hidup harus diteruskan. - CARI |