Ahad lalu, tiket penerbangan 3411 dari Chicago ke Louisville, Kentucky habis dijual dan penumpang sedang menunggu untuk berlepas apabila syarikat United Airlines (UA) mengumumkan memerlukan empat tempat duduk untuk kakitangannya.
David Dao, 69, doktor keturunan Vietnam dari Elizabethtown, Kentucky, adalah seorang daripada empat penumpang yang diminta turun bagi memberi tempat kepada empat pekerja syarikat penerbangan tersebut yang perlu ke Kentucky.
Beliau diheret keluar daripada pesawat oleh beberapa pegawai keselamatan apabila enggan berbuat demikian.
Rakaman video di Facebook yang menunjukkan tiga pegawai keselamatan mengheret Dao dari pesawat UA tersebar di media sosial dan mendapat kritikan keras.
Memetik laporan CNN, terbaru, wakil peguam David Dao memberitahu pemberita, tindakan undang-undang akan diambil ke atas syarikat penerbangan tersebut berikutan kliennya iaitu David Dao telah mengalami keretakan hidung dan gegaran di bahagian otak.
Tindakan undang-undang telah difailkan di mahkamah dan memohon segala bukti yang ada dalam kes berkenaan dikekalkan.
Wakil peguam yang dikenali Thomas Demetrio tidak menghadkan tempoh masa timdakan undang-undang itu diambil. Ini kerana menurut Thomas mereka mempunyai masa dua tahun untuk berbuat demikian.
"Saya beri jaminan anda tidak akan menunggu lama sangat"
Katanya, Kamu adalah tidak wajar menggunakan keganasan atau tindakan yang tidak munasabah ke atas penumpang dalam apa jua situasi untuk menyelesaikan perkara seumpama ini.
"Sudah sekian lama syarikat penerbangan khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuli kita semua.... kami mahu dihormati, kami mahu maruah, itu sahaja."
Tambahnya lagi, pendakwaan itu akan dibuat di Mahkamah Cook County Circuit di Lllinois dan dakwaan itu akan disasarkan ke atas tindakan mengheret David Dao keluar dari pesawat yang membabitkan syarikat penerbangan tersebut dan bandar Chicago.- CARI
Post time 14-4-2017 01:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haah baru btol..ko saman laa kaw2 united airlines tue..sbb kes memihak pd ko skunk nie..ciap da bukti lg..at least airlines company lain pon akn waspada lps kes nie..fight for rights man..
Post time 14-4-2017 01:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bayangkan, heret kluar paying customer sebab nak tempatkan staffs yang tak bayor for the seats. Diorang start kempen #boicottunitedairlines kang habis la bungkus
Post time 14-4-2017 03:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku rase kalo dokter tu x mula kan saman pn, akan bersusun loyer tadah muka nk wakilkn beliau saman that stupid airlines. Sebelah kaki dh nmpk berpihak pd siapa. Money money money.......
Sila saman juta2 dolar, biar bankrup syarikat tak berperikemanusiaan ni. Ingat staf diaorg jer ada kepentingan, org lain book flight sesaja jer? Len kali suruh 4 staf kapalterbang tu turun dan muatkan jer staf 4 tu and suruh layan penumpang.