Selepas beberapa bulan bermain tarik tali, anak kepada chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail iaitu Serina Redzuawan akhirnya mengakui sedang mengalami keruntuhan rumah tangga.
Memetik Astro Awani, pelakon itu kini sedang menyelesaikan masalah dihadapi bersama suami, Gavin Edward.
"Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang baik.
"Dalam proses maknanya belum lagi bercerai kerana kami harus berbincang serta fikir betul-betul sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
"Dalam perkahwinan ini tidak ada sesiapa yang mahu untuk berkahwin dan kemudiannya bercerai.
"Jadi saya mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang terbaik supaya masalah dihadapi oleh kami dapat diselesaikan," katanya kepada Astro Gempak.
Dalam masa sama, Serina juga menyangkal spekulasi orang yang mengatakan perpisahan mereka disebabkan orang ketiga.
Hasil perkahwinan Serina dengan Gavin Edward atau nama Islamnya Salahudin Ghafar pada 2010, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.
Foto: IG Serina Redzuawan
Semoga pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik. - CARI |