CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5871|Reply: 60

[Tempatan] Kes pintu balai polis disahkan mungkin gangguan makhluk halus

[Copy link]
Post time 11-4-2017 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengadakan tinjauan ke Balai Polis Banda Hilir, di sini, semalam, susulan tular video dua pintu masuk ke bangunan itu terbuka sendiri hingga mendapat perhatian netizen.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata, hasil tinjauan sejam pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian pintu bergerak itu disebabkan gangguan makhlus halus.

Beliau berkata, umat Islam harus percaya tiada perkara mustahil boleh berlaku selain kewujudan jin di dunia ini termasuklah golongan jin Ifrit yang mampu menjelma sebagai manusia dan mengangkat sesuatu benda seperti dimaksudkan dalam surah An-Naml, ayat ke-39.

“Menerusi pemerhatian di Balai Polis Banda Hilir, hari ini (semalam), saya tidak tolak kemungkinan besar insiden dua pintu masuk terbuka sendiri yang heboh di media sosial berpunca gangguan makhluk halus.

“Malah, kalau dilihat pada sejarahnya pun sudah cukup meyakinkan mengenai kewujudannya (makhluk halus) di sini, apatah lagi kedudukannya berdepan penjara lama,” katanya.

Rahimin mencadangkan lebih banyak program berbentuk kerohanian dan keagamaan dianjurkan di balai polis itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Jelasnya, program seumpama itu penting bagi melancarkan tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Banda Hilir.

Metro Ahad melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Balai Polis Banda Hilir menjadi tular selepas dua pintu masuk terbuka sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana raja bomoh, panggei ler.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 01:28 PM | Show all posts
masa aku bbnu dulu keje foa kt resort..satu malam tu dlm kul 2-3pg pintu kaca hotel sebesar alam tetiba terbukak sendiri..pak gad usha aku aku suha pak gad tercongong2 depan reception pandang aku penuh pertanyaan..sapabukak? kitorg check semada mampukah angin menolak..alahai berat gila pintu masakan angin tolak...hantulah yg tolak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 01:37 PM | Show all posts
apa benda ni pun jabatan agama nak concern ke.. pepandai la pak polisi setel sendiri.. dalam kalangan polis pun ada yg berilmu.. banyak lagi permasalahan ummah yg lebih penting
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 01:38 PM | Show all posts
rospinki replied at 11-4-2017 01:28 PM
masa aku bbnu dulu keje foa kt resort..satu malam tu dlm kul 2-3pg pintu kaca hotel sebesar alam tet ...

video mana video??kalo ada famous la hg sis raja bomoh bagi bubu buat hantaran
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 01:44 PM | Show all posts
seraammmm..
kat ofis aku ni mcam tu jugakk..
tp pujuk je la hati sendri....konon2 berhalusinasi
tp dlm hati Allah saja yg tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2017 01:46 PM | Show all posts
Mungkin disebabkan tekanan/suhu angin kut....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:12 PM | Show all posts
sambung je la thread sedia ade.. tulis besar UPDATE kisah yg viral tu. baru senang nk beklog.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2017 02:13 PM | Show all posts
rospinki replied at 11-4-2017 01:28 PM
masa aku bbnu dulu keje foa kt resort..satu malam tu dlm kul 2-3pg pintu kaca hotel sebesar alam tet ...

ko ingat hantu tu kuat sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:22 PM | Show all posts
jin main pintu

tapi aku rasa polis tu lagi terkejut klu jin tu buka tepon dia sndiri, download wechat, pstu create id,geng jin balai.

itu lagila mengerikaan..............
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai jab igama pun banyak yg antu, kat dlm balai tu pun begitu juga, so what
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:26 PM | Show all posts
dah pesan buat pintu automatik cm shopping complex.. kan dah terkejut kena sakat
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana pegawai jabatan igama hanya mampu cakap "kemungkinan", "boleh jadi" dll., tanpa penemuan dan kepastian? Kakau Itu aku pun boleh cakap... makan gaji buta ajah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 02:28 PM | Show all posts
pyropura replied at 11-4-2017 02:26 PM
Cemana pegawai jabatan igama hanya mampu cakap "kemungkinan", "boleh jadi" dll., tanpa penemuan dan  ...

ketua ugama malon tongong benai
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:32 PM | Show all posts
perlu ke?
Memang la kena percaya benda2 tu pun wujud dan makhluk tuhan.
Tapi perlu ke? Sampai buat site visit.
Tah ppe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy kembang kuncup la bontot airfilterkotor sebab ada yang sokong hujah beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2017 03:40 PM | Show all posts
org barat pun percaya makhluk halus
tu sebab ada ghostbuster
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:41 PM | Show all posts
Mungkin hantu yang sama dari Singapura datang bercuti ke Melaka nak buat report di balai polis kes passport hilang!

https://m.youtube.com/watch?v=KvD9-ow2H4Q&feature=youtu.be
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 11-4-2017 02:26 PM
Cemana pegawai jabatan igama hanya mampu cakap "kemungkinan", "boleh jadi" dll., tanpa penemuan dan  ...

Ko ni pun satu....si acong tu sllu ckp TEORI atuk dia mmg asal beruk x meroyan pulak ko     
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau kejadian ni berlaku di pahang, mungkin jabatan agama akan pacak depan balai polis papan tanda pendinding bertulis "hidup berkat tanpa menyakat" yg ditujukan kpd antu supaya jgn sakat balai polis tu lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.080971 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list