CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1725|Reply: 16

Penyamun 'Desperate', Mangsa Bawa Basikal Pun Dibalunnya!

[Copy link]
Post time 6-4-2017 12:24 PM | Show all posts |Read mode


Geram melihatkan tindakan dua orang penyamun yang membonceng motosikal mengambil kesempatan terhadap mangsa yang cuma berbasikal.


Kejadian berlaku di hadapan Universiti Sains Malaysia, Minden dirakamkan oleh seorang pemandu yang kebetulan melalui laluan yang sama dengan si penyamun.


Melalui rakaman itu jelas menunjukkan mangsa yang dipercayai bangsa asing berkemungkinan baru pulang dari bekerja diragut oleh penyamun terbabit.





Memang sangat tidak berperikemanusian dan berhati perut! Bayangkan mangsa yang mungkin bekerja pun cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang terpaksa pula menyerahkan duit yang tak seberapa kepada penyangak pemalas itu.


Tidak dapat dipastikan sama ada si penjenayah sempat meragut atau sebaliknya. Namun, tindakan netizen ini memandu hampir dengan kawasan kejadian membuatkan si penyangak segera melarikan diri.


Rata-rata mereka yang memberi komen turut melempiaskan rasa marah dengan sikap anak muda yang bukan sahaja pemalas, malah menyusahkan orang lain. Mereka berharap si penjenayah segera ditangkap pihak berkuasa.


"Jenis macam ini biar kena tangkap dengan orang awam, baru ada akal. kerja tak mahu, menyusahkan orang sahaja!"

"Sebelum ini saya pun pernah diragut di sini," ujar seorang netizen.






Kesimpulannya, kepada anak muda libatkanlah diri dengan aktiviti yang bukan sahaja baik malah dapat menjana pendapatan. Ini dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara luar kawalan termasuklah mencuri, meragut dan sebagainya.


Kepada orang ramai pula, semoga dapat bersatu untuk menangani masalah ini, dan jika berlaku di depan mata, berilah pertolongan kepada mangsa. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 12:29 PM | Show all posts
hahhahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:39 PM | Show all posts
Desperate sangat dah yang naik beskal pun kena asal dapat je kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak je aku langgar motosikal tu kasi jatuh.. Tangkap bawa balai.. Ni semua penangan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 01:06 PM | Show all posts
Lahanatnya perangai!
Kesian tengok yang basikal tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 01:22 PM | Show all posts
plat no motor tu nampak tak? mohon report polis..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 01:57 PM | Show all posts
plate number tak lengkap motor tu kan..
klu aku, langgar je biar tersungkur..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
errmm..makin mnjadi2 plak tue..dgn keadaan ekonomi skrg lg laa penyangak ligan wat kja mcm nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajar weh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:04 PM | Show all posts
konghajarrr. ko agak2 la nk ragut sape. sian tgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak bijan kena dalami masalah sosial yg makin menjadi2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai mesti org yg nek basikal tu fobia pas ni kan... lahanat betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:35 PM | Show all posts
Langgar je motor tu. Biar tersembam jatuh. Lepas tu angkut bawa pergi balai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 08:49 AM | Show all posts
naya kat org.. ape lah hati tu itang sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:49 AM | Show all posts
woiii lahanat betul penyangak...dah tak de duit sgt ke nak beli dadah....

semoga korg berdua dilanggar treler sampai penyek otak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya dekat orang tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 01:12 PM | Show all posts
kalau xdapat duit pun ,hphone mesti ada








apeke malaun sekor kat atas tu ber hahaha  bila orang kena musibah..
ke dia ni penyamun tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.449907 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list