CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1929|Reply: 16

Kenyataan Perogol Kahwin Mangsa, Datuk Shabudin Salahkan Media

[Copy link]
Post time 5-4-2017 05:35 PM | Show all posts |Read mode


Susulan kontroversi yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung kenyataannya bahawa bukan kesalahan mangsa rogol berkahwin dengan perogol, malah menyifatkan kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun juga bersedia secara fizikal dan rohani untuk berkahwin.


Terbaru, beliau tampil memberi penjelasan dan kecewa dengan laporan media massa yang tidak tepat.


Memetik laporan Berita Harian, beliau mendakwa laporan media menunjukkan beliau menyokong perkahwinan antara perogol dan mangsa diambil dari luar konteks.

"Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-olah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa. "

"Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara berbeza."

"Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan ke bawah, hendaklah mendapat kebenaran," katanya.- CARI

sumber foto: Berita Harian




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu ini sensitif, boleh berlaku salah faham. Media salah interpret ke YB?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 06:47 PM | Show all posts
qiqi replied at 5-4-2017 06:40 PM
Isu ini sensitif, boleh berlaku salah faham. Media salah interpret ke YB?

tajuk n content misleading. Reporter The Star NST n yg lain2 quote sikit sahaja yg tak mewakili keseluruhan hujah. Dan kenyataan perogol tu adalah terma yang merujuk kepada undang2 undang - pelaku yg melakukan seks dgn mangsa atas kerelaan mangsa  dan dinamakan sbg perogol disebabkan mangsa bawah umur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau salah saman. Kalau diam maksud apa dia cakap time tu betul.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dah dgr apa uncle ni ckp dlm radio

dia maksudkan kalo boipren and gepren if gepren bwh umur-kawinkan je kalo suka
tapi kalo perogol dgn mangsa (terpaksa) - jgnle kawin
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:58 AM | Show all posts
ape ditunggu lagi..

sile saman newspaper ni sampai bankrupsi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 08:58 AM | Show all posts
macam mana pulak statement  "sekurang2nya ada suami???". Bagaimana suami dapat membimbing isteri kalau 2-2 pon x matang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:19 AM | Show all posts
kalau si pompuan tu bawah 16 tahun.. walaupon dia yg menggeletis... mintak kena rogol.. dlm erti kata lain suka sama suka... tapi tetap kena charge rogol. jadi dalam kes camni... elokla kawinkan je dorang ni... chances utk berulang rogol lagi tinggi... dah memang pakwe dia..  tu yg kata kena mohon kebenaran mahkamah sbb bawah 16.

tapi.. jgn lak buta2 je kawinkan.. tgk2la jugak lelaki tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 09:22 AM | Show all posts
sofiazara replied at 6-4-2017 12:57 AM
dah dgr apa uncle ni ckp dlm radio

dia maksudkan kalo boipren and gepren if gepren bwh umur-kawin ...

yup betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:26 AM | Show all posts
aku dengar sampai habis kenyataan dia, tak payah kata media twist sgtlah, dia memang bg kenyataan pro rapist.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa la...kalu berkata di alam nyata, kata media putar belit
Kalu di alam siber, kata akaun kena hack

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 09:39 AM | Show all posts
azimodin replied at 6-4-2017 08:58 AM
macam mana pulak statement  "sekurang2nya ada suami???". Bagaimana suami dapat membimbing isteri kal ...

Secara mudahnya, statement itu merujuk kpd maksud perogol yang sebenarnya disabitkan atas statutory rape. iaitu pelaku dan mangsa suka sama suka dan sukarela melakukan seks. dan dlm hal ni, kebanyakan kes dilaporkan oleh ibu bapa utk jaga aib fmly.

jadi, sy beri contoh, si pelaku/tertuduh adalah pakwe kepada mangsa yg juga merupakan makwenya dan si makwe ni baru tingkatan 3. Pakwe makwe ni sama2 setuju utk bersetubuh secara haram. Family makwe dapat tahu bila kantoi anak perempuan diorang ni pregnant. Walaupun anak mengaku yang dia sendiri rela nak bersetubuh dgn pakwe dia, mak ayah ttp nak bawa ke court. Jadi, mak ayah pun pegi balai polis report kes ni. Kes pun disabitkan atas tuduhan rogol sebab si makwe ni kategori bawah umur. Pung pang pung pang kes bicara n so on, court pun putuskan lelaki bersalah merogol mangsa (sekali lagi ditekankan, dikategorikan merogol sbb mangsa bawah umur). Lepastu, lelaki pun nak bertanggungjawab, mak ayah mangsa pun setuju utk anak dia kahwin sbb dah terlanjur n dah pregnant. Jadi, mahkamah akan buat lagi pertimbangan dan bicara utk membenarkan atau tidak membenarkan mangsa ni kahwin dengan perogol (pakwe) dia sbb mangsa ni bawah umur lagi. Kebanyakan kes, court luluskan. Dan inilah yg dimaksudkan dgn "sekurang2nya ada suami". Ayat tu tak terbina dgn elok sbb tu ramai salah faham. Maksud dia merujuk kpd mangsa yg berkahwin dgn perogol iaitu makwe bawah umur kahwin dengan pakwe dia. Jadi, dia berkahwin dgn pakwe dia sendiri. Satu lagi, walaupun diorang berkahwin, tapi si pakwe ttp kena hukuman yg disabitkan dgn kesalahan rogol.

dan yang pastinya, ayat "sekurang-kurangnya ada suami" tu bukan merujuk kpd kes rogol yg sebenar, iaitu kes rogol tanpa kerelaan. gila ke apa court nak jatuhkan hukuman mangsa rogol kahwin dgn perogol sendiri (bg kes betul2 rogol). court cuma akan buka kes ttg perkahwinan kalau ada permohonan drpd wali mangsa sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:14 AM | Show all posts
syitaeyqa replied at 6-4-2017 01:39 AM
Secara mudahnya, statement itu merujuk kpd maksud perogol yang sebenarnya disabitkan atas statutor ...

i faham la yang x dirujuk ke kes "rogol" yg sebenar. tapi kalau kes suka sama suka pon it doesn't make any sense. Apa guna ade suami di usia muda kalau masing2 x bertanggung jawab? sekarang pon malaysia dah banyak masalah sosial hasil "asal berlaki"
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:29 AM | Show all posts
Okay macam2...sy tak nak anak sy kawin dgn org yg rogol dia..takkan nk kasi ank dara kita kawin ngan perogol..sah2 jahat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:41 AM | Show all posts
mirandanicky1 replied at 6-4-2017 10:29 AM
Okay macam2...sy tak nak anak sy kawin dgn org yg rogol dia..takkan nk kasi ank dara kita kawin ngan ...

what if the daughter pregnant? Sorry bukan mendoakan cuma letak situasi.

And that's good kalau ibu bapa sendiri ada concern mcm ni. Sbb yg selalunya terjadi, parents yg minta supaya anak berkahwin dgn lelaki tu atas dasar tanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 11:16 AM | Show all posts
aku rasa isu sebenar yang cuba dibangkitkan mamat shabudin ni betul berdasarkan hukum syariah cuma contoh yang dia bagi tu buat dia bangang.

ini adalah konflik di antara syariah dan sivil. Mamat shahbudin ni menolak satu kesalahan dalam RUU Kesalahan - Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak iaitu child marriages sebagai satu kesalahan, sedangkan dalam islam child marriages dibenarkan walaupun di antara perogol dan mangsa selagi wali membenarkan dan mendapat kebenaran mahkamah syariah.

itu je.

tapi contoh yang dia bagi pasal perogol patut diberi second chance dan sebagainya itu yang buat dia kena chastised.

pasal kes dia, bertambahlah sebab kenapa undang-undang syariah sudah tak relevan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2017 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 6-4-2017 09:39 AM
Secara mudahnya, statement itu merujuk kpd maksud perogol yang sebenarnya disabitkan atas statutor ...

Kalau si Shabudin ni orang yg tak pelajaran tinggi mungkin dia tidak mampu berhujah dgn perkataan yg elok. Tapi dia seorang bekas hakim syariah ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.065832 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list