CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1559|Reply: 6

Jauhkan Diri Dari 'Bookie', Anda Dalam Pemantauan- Amaran SPRM Buat Pemain Bola

[Copy link]
Post time 5-4-2017 12:38 PM | Show all posts |Read mode


“Bookie ini akan cuba mendekati dengan pelbagai cara. Oleh sebab itu pemain harus menjauhkan diripada dari aktiviti yang tidak berkaitan.”


Demikian amaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi)  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, Datuk Azam Baki buat semua pemain bola sepak tanah air dalam sidang media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kelmarin.


Memetik laporan Bernama, tegas beliau nama tertentu sedang dalam pemantauan SPRM dan sekiranya terdapat bukti, pihak SPRM akan ambil tindakan.


Justeru itu, nasihat beliau agar pemain terbabit berhenti melakukan perbuatan yang menyalahi undamg-undang.


“Terdapat sesetengah orang (pemain) mungkin SPRM tidak boleh kesan, tetapi sekali kita tahu, kita akan menyiasat dan implikasinya selepas itu ialah kamu boleh dilarang (bermain) seumur hidup. Ia tidak berbaloi kepada pemain atau persatuan mereka."


Pada majlis itu seramai 380 orang pemain bola sepak dan pegawai di bawah PAFA berikrar untuk bebas daripada rasuah.


Mengulas lanjut, Azam berkata berdasarkan risikan, satu sebab gejala rasuah berlaku dalam arena bola sepak adalah kerana mendapat desakan daripada ‘bookie’.- CARI

sumber foto: FMT








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2017 12:40 PM | Show all posts
bookie tu fungsi dia mcmmne ek.. iols x tahu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 12:53 PM | Show all posts
chinta89 replied at 5-4-2017 12:40 PM
bookie tu fungsi dia mcmmne ek.. iols x tahu

dia akan setkan keputusan...  pemain yang dah dibeli akan cuba pastikan keputusan sama macam bookie dah set...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 02:59 PM | Show all posts
eyansss replied at 5-4-2017 12:53 PM
dia akan setkan keputusan...  pemain yang dah dibeli akan cuba pastikan keputusan sama macam booki ...

owh yeke... thanks info!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 aku ingat bookie tu ulat tiket
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 07:16 AM | Show all posts
eyansss replied at 5-4-2017 12:53 PM
dia akan setkan keputusan...  pemain yang dah dibeli akan cuba pastikan keputusan sama macam booki ...

kiranya bookie ini akan bet lah

contohnya dia dah setkan keputusan Felda menang ke atas JDT
dia akan bet Felda menang lah kan dan dia yakin akan menang sebab ada player yang tolong

gitu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 09:10 AM | Show all posts
Voyagers replied at 6-4-2017 07:16 AM
kiranya bookie ini akan bet lah

contohnya dia dah setkan keputusan Felda menang ke atas JDT

bukan... bookie ni orang yang set perjudian... bookie akan set ikut keputusan yang akan bagi untung yang banyak kat dia... bookie ni kira macam tokey kasino la... orang akan letak pertaruhan judi kat bookie ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.883639 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list