CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9618|Reply: 31

[Jenayah] Isteri pertama Bung Mokhtar nak bagi HADIAH kepada mereka yang bantu TANGKAP 2 e

[Copy link]
Post time 3-4-2017 10:35 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 3-4-2017 11:10 PM


Bahasa yang tidak sesuai digunakan oleh seorang isteri public figure...

Kedai Dobi Isteri Pertama Bung Cuba Dirompak
Published on Apr 3, 2017

TINDAKAN dua lelaki yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang token di sebuah kedai dobi 24 jam di Kota Kinabalu, Sabah menjadi tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi Khamis ketika ketiadaan pelanggan yang menggunakan kedai dobi layan diri itu.

Pemilik kedai dobi tersebut yang juga merupakan isteri pertama kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Datin Nor Asidah Alimuddin memuat naik beberapa rakaman video CCTV di laman Facebook dan sehingga kini telah dikongsi sebanyak 2,911 kali oleh netizen.

Menerusi rakaman, salah seorang suspek dilihat menendang dan cuba merosakkan tombol pintu yang dipercayai tersimpan wang di dalamnya.

Suspek kemudian bertindak merentap tombol pintu berkenaan namun gagal setelah mencubanya beberapa kali, termasuk dengan menggunakan sebatang besi.


Menurut Nor Asidah, dia menyifatkan kedua penjenayah terbabit sebagai manusia kurang berakal kerana mesin berkenaan tidak mempunyai wang, sebaliknya hanya token untuk kegunaan mesin sahaja.

“Apa yang kamu mahu rompak? Token saja yang ada dalam mesin, ingat apa? Duit?,” kata Nor Asidah.

Tambahnya, dia meminta orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai sebarang maklumat agar segera membuat laporan kepada polis dan dia turut menawarkan hadiah sekiranya berjaya memberikan maklumat mengenai mereka.

“Saya bagi hadiah kepada mereka yang membantu menangkap dua ekor biawak ini.  Terima kasih kerana membaca dan berkongsi sehingga tertangkapnya ‘biawak-biawak’ ini,” katanya. –MYNEWSHUB.CC



Datin Nor Asidah Alimuddin, Bung Mokhtar & DS Najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2017 11:00 PM | Show all posts
bukan ke depa dah cerai..

rujuk balik ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:04 PM | Show all posts
Apakah maksudnya dalam mesin tu takde duit ha???
Dalam mesin tu ada token..
Tapi bukan ke org tukar token tu dengan duit..
Duit tu tersimpan kat mana?? Terus masuk bank kah???
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Day kurus bung kena kerjakan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:30 PM | Show all posts
crystel replied at 3-4-2017 11:04 PM
Apakah maksudnya dalam mesin tu takde duit ha???
Dalam mesin tu ada token..
Tapi bukan ke org tuk ...

duit tu belakang pintu tu.. sebab tu penjenayah nak masuk pintu.

ada satu kedai dobi kt melaka. toilet guna coin mesin dobi.. 7 minit dia akan tutup automatik..kaka tercirit.. terkunci.. call no.kecemasan.. nasib baik ada tlg masukkan token...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 11:37 PM | Show all posts
Pencuri ada dimana-mana... Berhati-hatilah semua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Biawak tu dah cukup manis untuk diguna sebagai hencapan. Baik sangat dah tu bahasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:04 AM | Show all posts
~boolean replied at 3-4-2017 04:01 PM
Biawak tu dah cukup manis untuk diguna sebagai hencapan. Baik sangat dah tu bahasanya.

I setuju dengan you.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kentang.Goreng replied at 3-4-2017 10:35 PM
Bahasa yang tidak sesuai digunakan oleh seorang isteri public figure...

Kedai Dobi Isteri Perta ...

mungkinkah isteri ke-2 beliyau indah bahase?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
tak lah kasar sgt pun pakai the terms biawak tu! sesuai lah dgn perangai malaun 2 ekor tu.. if ikut aku, aku babikan sja: nyusahkan org sja hidup... cuba cri kerja elok2
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Umpama Godzilla suruh tangkap biawak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:05 AM | Show all posts
Laki lu jadi muntri. Suruh laki lu punya orang lah tangkap itu biawak. Bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:14 AM | Show all posts
polis xmampu tangkap ke,

sampai nak kena usaha sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape salah dia kate biawak. knpe kamu nk menyokong pencuri pulek. Elok datin tu panggil pencuri tu dua ekor bangsat lagi sesuai. Indon atau pinoy suluk ke yg mencuri tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul menjadi orangnya, xde la perangai mencuri mcm ni...selayaknya la dipanggil biawak pun
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak panggil dua ekor tu babi jer..kan lebih sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
~boolean replied at 4-4-2017 12:01 AM
Biawak tu dah cukup manis untuk diguna sebagai hencapan. Baik sangat dah tu bahasanya.

Setuju. APA plak kurang sesuai?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:25 AM | Show all posts
di sabah 2/3 manusia adalah pendatang....rasanya 80% jenayah di sabah dari pendatang....saya rasa layak kot mereka ini digelar biawak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dapat duit pun takpe sebab nanti boleh cuci pakaian tanpa perlu bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 08:04 AM | Show all posts
panggil firaunnnn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.134371 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list