|
Kiub ais sering digunakan selain untuk minuman yang enak, ia juga agen kecantikan yang sangat berkesan. Selain itu, ia melegakan kesakitan, bengkak dan juga keradangan yang terjadi akibat terseliuh.
Namun, ramai yang tidak tahu ais juga boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dan merupakan kajian yang dilakukan para saintis.
Memetik laman Telegraph, apa yang anda perlu lakukan cuma meletakkan bungkusan ais pada zon berlemak di perut atau peha anda selama 30 minit.
Cara ini mampu menyingkirkan lemak dan juga kalori. Lakukan begini, tambahkan juga teh hijau atau kopi pada bungkusan ais sebelum anda meletakkannya pada bahagian perut.
Ais ini akan menukarkan sel lemak putih kepada lemak perang yang lebih mudah disingkirkan melalui proses metabolisme.
Lemak putih ini dipercayai menyebabkan perut menjadi buncit dan peha menjadi lebih besar. Manakala, lemak perang lazimnya digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan kepanasan.
Foto: Sinar Harian
Namun, sebaliknya saintis berjaya mendapati lemak putih ini apabila disejukkan ia mudah bertukar menjadi lemak perang yang akhirnya membantu anda menjadi kurus akhirnya.
Selepas ini, anda bolehlah mencubanya kerana ia bukan sahaja murah, malah berkesan! Tapi ingat, jangan lupa kombinasikan dengan gaya hidup yang lebih sihat! - CARI |
|