View: 3943|Reply: 18
|
Tulisan di tapak kasut BATA disahkan tidak menyerupai kalimah Allah
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA: Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama BATA tidak menyerupai kalimah Allah. Pengerusinya, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam satu kenyataan hari ini, berkata Ahli Lajnah Tasheh al-Quran sudah melakukan semakan dan penelitian berikutan dakwaan berkenaan yang viral di laman sosial kebelakangan ini. "Kita mendapati bahawa tulisan pada tapak kasut itu jelas tidak menyerupai kalimah Allah dan merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami," katanya. Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, beliau yang juga Mufti Perak, memaklumkan mengenai rampasan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu 'YA HAYYUN YA QAYYUM'.
"Berikutan aduan orang ramai terhadap penjualan selipar ini, pihak Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran sudah meneliti selipar berkenaan dan didapati adalah benar tertulis kalimah 'YA HAYYUN YA QAYYUM' yang mempunyai kalimah suci daripada Asma' al-Husna. "Sehubungan itu, rampasan dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak KDN melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986. "Justeru, Lembaga menasihatkan orang ramai yang sudah membeli selipar berkenaan supaya menyerahkan kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
jap..mula2 mcm ni
"Kita mendapati bahawa tulisan pada tapak kasut itu jelas tidak menyerupai kalimah Allah dan merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami," lps tu
"Berikutan aduan orang ramai terhadap penjualan selipar ini, pihak Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran sudah meneliti selipar berkenaan dan didapati adalah benar tertulis kalimah 'YA HAYYUN YA QAYYUM' yang mempunyai kalimah suci daripada Asma' al-Husna. lps tu ayat last
menyerahkan kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan
adekah ni kes selipar brand lain2? yg first td psl selipar bata diakui sah ok je. yg kedua mmg ade kalimah suci n kena lupus.
gtu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 29-3-2017 07:01 AM
jap..mula2 mcm ni
lps tu
<quote>
Dalam satu kenyataan berasingan hari ini, beliau yang juga Mufti Perak, memaklumkan mengenai rampasan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu 'YA HAYYUN YA QAYYUM'.
</quote> |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah ada 2 kes berbeza
ni kes tapak kasut Bata
Putrajaya: Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran (LPPPTQ) mengesahkan tiada corak menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut dan selipar keluaran Bata seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Pengerusi LPPPTQ Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, pengesahan itu dibuat hasil semakan dan penelitian yang dibuat Ahli Lajnah Tasheh al-Quran.
"Justeru, kami merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia beragama Islam yang terlebih dulu merujuk perkara ini kepada kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Februari lalu, Guru Besar Sekolah Agama Bandar Batu Pahat dilaporkan menggesa ibu bapa memeriksa reka bentuk kasut jenama B.first kerana mengesyaki ia mempunyai kalimah Allah pada bahagian tapaknya melalui satu surat.
Surat berkenaan turut mendesak supaya ibu bapa yang mengenal pasti kesahihan dakwaan itu untuk membakar kasut terbabit di dalam lubang, manakala abunya ditimbus.
Bagaimanapun, Pengurus Kanan Bata Marketing Sdn Bhd Datuk James Selvaraj dilaporkan berkata, isu sensitiviti agama seperti kalimah Allah amat dititikberatkan supaya ia tidak dipaparkan pada mana-mana reka bentuk produk dalam usaha memelihara keharmonian pelbagai kaum di negara ini
Beliau dilapor berkata, Bata membawa sampel kasut jenama B.first kepada pejabat agama untuk melihat reka bentuknya secara teliti, dan menyerahkan kepada kuasa pejabat agama menentukannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo kes berbeza la?
ade terima dari wasap psl gmbr selipar tu.
bila google2 x jumpa ,jenuh iols cuba ingat blk gmbar sb nk tentukan adekah ni kes yg sama atau dua kes berbeza.bila tgk gmbar, oooo gambar ni yg penah heboh2 tu. berlainan rupanya. bata dan selipar berjenama x dpt dipastikan.
thanks ya.
|
|
|
|
|
|
|
|
berbeza la... cerita pertama tu 'kasut'
cerita kedua 'selipar'
|
|
|
|
|
|
|
|
sesamer sis
gigih juga cari gambar selipar tu tadi
tak jumpa .. ada jumpa kes 2015
tapi bila tengok balik gambar tu tadi ..
kot sebelah tu la kot selipar tu
ni FC dah crop :
ni kes selipar tu kot
Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran sudah meneliti selipar berkenaan dan didapati adalah benar tertulis kalimah 'YA HAYYUN YA QAYYUM' yang mempunyai kalimah suci daripada Asma' al-Husna.
kasut Bata yang sah tidak menyerupai kalimah Allah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Isu Tulisan Kalimah Allah Di Tapak Kasut: BATA Keluarkan Reka Bentuk Terbaru Ela
Baru-baru ini di media sosial tersebar surat yang didakwa dikeluarkan sebuah sekolah agama di Johor, menggesa ibu bapa memeriksa reka bentuk kasut sekolah B.first oleh Bata berikutan mengesyaki ia mempunyai kalimah Allah pada bahagian tapaknya.
Ini menyebabkan syarikat berkenaan segera menarik semula sebanyak 70 ribu pasang kasut yang bermasalah.
Namun, Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mengesahkan tulisan pada tapak kasut jenama Bata tidak menyerupai kalimah Allah.
Terbaru, hari ini pengurus serantau Bata Primavera, Paul Kelsey ketika mengadakan sidang media, memaklumkan semua kasut yang ditarik semula itu akan dikembalikan semula ke pasaran.
Namun begitu, beliau berkata ia akan tampil dengan reka bentuk yang terbaru supaya mengelakkan timbul lagi sebarang kekeliruan. Dijangka kasut berkenaan akan dipasarkan pada Jun atau Julai tahun ini. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam itu rupanya tulisan Allah.
Sebab itulah ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Keji pulak sape yg bg surat dan sebar wasap gmbr tapak kasut yg sah2 tgk dgn mata halus pn mmg xda kalimah Allah tu. Delusional sungguh individu tu. Jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
i think yg selipar tu mmg sgt jelas tulis ya hayyu ya qayyum
tp kasut bata tu...tak langsung |
|
|
|
|
|
|
|
mmmmm one words ... bongok.. itu just design , delusional much |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-4-2017 03:27 AM
Kebodohan lobai wannabe Melayu jadi gelakan bangsa dan agama lain. Sikit sikit serupa..sikit sikit serupa...sikit sikit rasa terhina. Berfikiran seperti tu nak jadi pemimpin ummah? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak Bata pi saman GB bongok tu sampai tinggal spender?....
|
|
|
|
|
|
|
|
Bongok gilerrr cikgu tu. Suka nak rumitkan keadaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur nak..bolehlah acik kepam tudung awning teruskan menjoyah di fb dan share fakenews di wassap..syukur sngt2. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum anda meramas ketet haram, mohon berfikir sejenak.......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|