View: 1363|Reply: 4
|
Disyaki Menyeleweng Dana YAWAS, Pejabat Teresa Kok Diserbu SPRM
[Copy link]
|
|
Pagi tadi, pejabat Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan, dua pegawai SPRM tiba di pejabat itu kira-kira jam 11 pagi dengan membawa waran geledah dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (Yawas).
Memetik laporan BH Online, sumber SPRM sebagai mengesahkan serbuan tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
16 Mac lalu, Jamal memfailkan laporan di pejabat SPRM di Wisma PKPS Shah Alam ke atas Kok berhubung isu berkenaan.
Bagaimanapun, Kok menafikan dakwaan dirinya menyalahgunakan dana, dan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu.- CARI
sumber foto: www.therocket.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk muka kaktom dah agak sepet ni pemakan duit orang mati. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa penting juga kalau badan2 ni istiharkan samada
individu yg disiasat tak kira org politik kaa atau org biasa
terbabit sungguh atau tidak setelah mengambil kira segala bukti .
kerana kita tidak mahu ianya hanya bersifat spekulasi dan juga
untuk berlaku adil .
|
|
|
|
|
|
|
| |
|