CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 3

Kongsi Momen di Shell Select Dan Gambar Anda Akan Dijadikan Doodle!

[Copy link]
Post time 31-3-2017 11:00 AM | Show all posts |Read mode


Siapa yang tidak berasa letih dan juga stress, selepas penat bekerja seharian terpaksa pula melalui kesesakan jalan raya yang berjam-jam lamanya.


Bukannya sehari dua, malah boleh dikatakan warga kota terpaksa melalui rutin yang sama setiap hari. Ini boleh bikin 'panas', betul tak?


Namun begitu jangan biarkan kehidupan anda menjadi begitu negatif dan juga tertekan. Ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya, apa kata ambil masa sebentar untuk menyegarkan diri anda di Shell Select yang terdapat di mana-mana stesen minyak Shell.






Menariknya lagi, kini Shell Select berkolaborasi dengan Doodle Malaysia, dan juga kerjasama bersama artis tempatan melalui kempen 'Doodle Your Moment'.


Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu 'Doodle Your Moment? Melalui kempen ini, kita boleh melihat bagaimana rakyat Malaysia meraikan momen indah ketika berada di Shell Select. Ini termasuklah berkumpul bersama rakan, ahli keluarga, minum kopi dan sebagainya.


Oleh itu, bermula 22 Mac ini sehingga 26 April, Shell Select mengajak anda untuk berkongsi saat yang menyegarkan itu di mana-mana cawangan Shell Select dan muatnaik di laman Instagram dan juga Facebook, melalui hashtag #Shellkita.


100 gambar penyertaan terbaik akan berpeluang mendapat sentuhan semula dengan lukisan tangan daripada Doodle Malaysia! Bukan itu sahaja, ia akan dicetak pada 'merchandise' atau cenderamata dan dihantar sendiri ke alamat pemenang bertuah. Wow!






Di samping itu, Shell Select kini bertambah menarik dengan pelbagai servis yang ditawarkan di sini. Basahkan tekak dengan kopi panas atau minuman sejuk, makanan dan pelbagai lagi servis 5 bintang, yang pastinya Shell Select bukan perhentian biasa-biasa sahaja tau!


Dengan format 'quick & easy store' anda berasa lebih teruja ketika menjejakkan kaki ke Shell Select selepas ini. Sudah siap bertenaga dan juga segar semula, bolehlah meneruskan perjalanan pulang ke rumah tanpa rasa stress lagi.


Ok bagi anda yang ingin berkongsi saat indah di Shell Select bersama Doodle Malaysia, boleh ikuti langkah mudah di bawah:





1. Ambil gambar momen indah dan menyegarkan di mana-mana Shell Select seperti menikmati kopi, aiskrim atau berkumpul bersama rakan-rakan.

2. Muatnaik di laman Instagram anda dengan hashtag #Shellkita dan juga kapsyen yang kreatif (tidak lebih daripada 40 patah perkataan).

3. Kempen ini berjalan selama enam minggu dari 22 Mac sehingga 26 April 2017.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 12:04 PM | Show all posts
aku singgah shell, bagi je duit kat bangla pekerja situ, semua dia yg buatkan.. tak koser la nak ber doodle bagai ..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2017 12:41 PM | Show all posts
Shell select sejak dah renovate ni nampak cantik barang kemas tersusun menarik pengguna untuk  masuk kedai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2017 10:37 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 31-3-2017 12:41 PM
Shell select sejak dah renovate ni nampak cantik barang kemas tersusun menarik pengguna untuk  masuk ...

iols setuju...lawa sgt..pernah singgah sat makan megi + shortbread cake dia (sumpah sedap gile shortbread tuh)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.453099 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list