Baru-baru ini, satu tapak kaki dinosaur yang berukuran 1.7 meter telah ditemui oleh sekumpulan saintis di kawasan terpencil di pantai barat laut Australia.
Tapak kaki itu dilaporkan adalah milik dinasaur 'sauropod' yang merupakan reptilia berkaki empat dan makan tumbuh-tumbuhan.
Memetik laporan Reuters, tapak kaki tersebut adalah antara 21 jenis jejak yang ditemui di Semenanjung Dampier kira-kira 130 kilometer dari pantai peranginan Broome.
Menurut Ketua Pengarang kajian bersama Universiti Queensland dan James Cook, Steve Salisbury, tapak kaki yang ditemui itu ternyata lebih besar daripada apa yang pernah dicatatkan di lain-lain lokasi di dunia.
"Ianya bagaikan Jurassic Park Australia ditemui selepas menghabiskan masa lebih 400 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di situ."
Tapak kaki sauropod berukuran 1.2 meter dikesan di Jerman pada tahun 2015.
Selain itu, bertarikh antara 127 juta hingga 144 juta tahun lalu, batu yang mengandungi jejak dinosaur sauropod yang ditemui di Dampier itu dikatakan lebih tua berbanding lain=lain fosil dinasaur di Australia. - CARI