CERN- Organisation Européenne pour la Recherche Nucléaire
CERN 666, Satanic Ritual & Shiva the Destroyer
Organisasi Penyelidikan Nuklear Eropah adalah satu makmal kajian fizik zarah terbesar di dunia, terletak di kawasan barat laut pinggiran Geneva (bersempadan dengan Perancis dan Switzerland).
Makmal ini pada asalnya ditubuhkan untuk mengkaji nukleus zarah sehingga ke struktur atom, kemudian pengaplikasian fizik tenaga tinggi dan mengkaji tindakbalas antara zarah-zarah sub atom.
Antara eksperimen yang menimbulkan kontroversi di CERN ialah Large Hadron Collider (LHC) iaitu eksperimen perlanggaran atom zarah-zarah pada tenaga yang tinggi; dengan tenaga permulaan 3.5 tetraelectronvolts (TeV). Ada yang mengatakan CERN cuba mewujudkan lohong hitam (Black Hole), seakan-akan teori Bing Bang di bumi, yang menyebabkan ramai berasa resah andaikata berlaku
sesuatu diluar kawalan. Pemecut zarah terbesar di dunia ini terletak lebih kurang setengah kilometer di bawah tanah.
Menurut CERN, matlamat utama LHC ini ialah untuk ahli fizik memahami beberapa teori fizik zarah, termasuk mengukur perihal dan sifat zarah Higgs boson dan menyelidik rantaian baru zarah sebagaimana dijangkakan oleh teori super-simetri.
Hasil eksperiman LHC inilah membuatkan pengkaji-pengkaji teori konspirasi yakin bahawa CERN adalah punca berlakunya Kesan Mandela (ME). Perlanggaran zarah pada peringkat sub-atom membebaskan foton-foton berkelajuan tinggi membuatkan terbukanyaportal simetri/selari atau dunia dimensi selari. Ada juga berteori bahawasanya portal yang terbuka itu adalah portal dimensi kejahatan (Evil Portal)- Anti Christ (Ad-Dajjal @Acong).
Teori ini diperkuatkan lagi dengan beberapa video klip yang dikeluarkan oleh CERN sendiri. Saintis-saintis di CERN menari-nari seperti Dewa Pemusnah Shiva (CERN Shiva dance of Destruction), ritual-ritual syaitan (Satanic Ritual). Dalam satu klip video, seorang saintis di CERN, John Ellis terang terangan menggantung sepanduk “Mandela” dilehernya dan memegang sepanduk “We are HAPPY@CERN!”
Video-video berkaitan CERN & NWO
Perkomputeran Kuantum (Quantum Computing)
LHC di CERN tidak mungkin akan dapat dihasilkan tanpa penggunaan sistem perkomputeran yang canggih dan termaju. Penggunaan komputer kuantum, membolehkan pengiraan formula kompleks dijalankan dengan efisyen, tepat dan cepat.
Jika dibandingkan antara komputer kuantum dengan komputer komersial semasa yang paling canggih, perbezaan kelajuannya mungkin berjuta kali lebih pantas dan menjadikan komputer yang kita gunakan sekarang ini umpama sebuah komputer klasik.
Komputer biasa berfungsi dengan mengira bits (binary digits) berasaskan cip transistor; hasilnya samada logik 1 atau 0. Manakala, komputer kuantum menggunakan sistem pengiraan terus daripada fenomena mekanikal, seperti superposisi dan kekusutan untuk memproses data dan operasi. Pengiraan kuantum komputer menggunakan Kuantum Bit (Quantum Bits-Qubits). Hukum ketidakpastian (Uncertainty), formula-formula fizik teori boleh dianalisa dan dijangka dengan mudah dan pantas dengan komputer kuantum.
Secara ringkas, komputer kuantum akan mengira apa saja kebarangkalian berasaskan formula yang dimasukkan, dalam masa yang sama ia juga akan mengira kebarangkalian-kebarangkalian yang lain dan membandingkan kedua-dua hasil pengiraan tersebut. Keputusan akhir mungkin menjadi logik 1, 0, atau kedua-duanya.
Asas pembinaan blok kuantum komputer, qubit ditunjukkan seperti gambarajah sfera Bloch ini.
D-Wave Systems, sebuah syarikat daripada Kanada adalah syarikat pertama yang menjual komputer kuantum secara komersial di dunia.Kepantasan komputer ini meningkat secara eksponensial setiap dua tahun. Pada 2011, kepantasannya adalah sebanyak 128 qubits. Kini, tahun 2017 kepantasannya mencapai 2000 qubits.
Sistem ini amat sesuai digunakan untuk kepintaran buatan (A.I) sebuah sistem komputer. Antara syarikat gergasi dunia yang telah memiliki komputer kuantum ini ialah Lockheed Martin, NASA, Google dan juga CERN.