View: 1613|Reply: 6
|
Cikgu Ini Tak Boleh Diharap, Minum Wain Merah Di Bilik Darjah Sampai Muntah
[Copy link]
|
|
Bertempat di Lexington County, Amerika Syarikat, terdapat seorang guru perempuan yang mengajar di Sekolah Menengah Brookland-Cayce, dikatakan membawa wain merah dan bertindak minum di dalam bilik darjah.
Hasilnya dia bukan sahaja minum sehingga muntah, malah terpaksa diusung dari bilik darjah dengan menggunakan kerusi roda akibat tidak mampu berdiri.
Menurut laporan New York Post, guru perempuan yang dikenali sebagai Judith Richards- Gartee itu kemudian diserahkan kepada polis sekolah untuk tindakan selanjutnya.
Selepas itu, pihak sekolah tersebut mengatakan dalam satu kenyataan bahawa Judith bukan kakitangan sekolah berkenaan, tetapi sebenarnya dia hanya merupakan kakitangan Agensi Kelly Services yang ditugaskan untuk menjadi guru gantian di situ.
Pihak sekolah turut memaklumkan Judith akan didakwa dengan kesalahan berkelakuan kurang beretika. - CARI
sumber foto: www.nydailynews.com |
|
|
|
|
|
|
|
Kaper lahanat pun tau minum wain dalam skolah adalah tindakan tidak beretika.
Kaper lahanat emrika - 1.
Pejuang wain tanah melayu dan hak jangan jaga tepi kain orang - 0. |
|
|
|
|
|
|
|
kejadian ni jd kat US kan ... dan cikgu ni bkn org Islam kan... so beliau dimaafkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Free market sungguh. Sekolah boleh hire guru ganti dari Kelly Services. |
|
|
|
|
|
|
|
Hasilnya dia bukan sahaja minum sehingga muntah, malah terpaksa diusung dari bilik darjah dengan menggunakan kerusi roda akibat tidak mampu berdiri.
hmm kenape ye? stress ke - maladaptive coping , kesian dia beralih pada alcohol.
mudharat ...di alam dunia ni , cikgu. |
|
|
|
|
|
|
|
What's your favorite mocktail?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|