Anda mungkin tak pernah dengar atau percaya sekiranya telur boleh dijadikan masker rambut, bukan? Sejajar perkembangan masa, semakin banyak produk kecantikan dan penjagaan rambut berada di pasaran.
Foto: http://food.ndtv.com
Namun, ada yang tidak memberi apa-apa kesan positif pada rambut, malah sebaliknya memberik efek buruk.
Foto: Garnier
Telur sebenarnya merupakan salah satu cara tadisional digunakan untuk penjagaan dan rawatan rambut di seluruh dunia. Kaya dengan protein dan biotin, telur menyediakan khasiat serta haruman diperlukan rambut selain mencegah rambut bercabang serta menggalak pertumbuhan rambut. Tapi macam mana nak buat masker rambut dengan telur? Mudah saja, jom tengok!
Bahan:
1 biji telur
1 biji pisang - dilecek
3 sudu makan susu
Foto: India Today
3 sudu makan madu
5 sudu makan minyak zaitun
Caranya:
1. Campurkan semua bahan sehingga sebati.
2. Sapukan pada rambut dan kulit kepala, biarkan selama sejam.
3. Basuh rambut dengan shampu dan bilas sehingga bersih. Lakukan 2 hingga 3 kali seminggu.
Khasiat telur akan beri protein pada rambut sementara pisang dan madu akan mengekalkan kelembapan rambut, manakala susu dan minyak zaitun akan membuat rambut bersinar selain menguatkan rambut.
Semua bahan digunakan memang berkhasiat tinggi. Jadi anda tak perlu ragu-ragu lagi. Cubalah! - CARI |