Susulan Rabu lalu terdapat satu rakaman video tular di YouTube menunjukkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.
Dalam video berdurasi 10 saat itu, tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan berlaku.
Sehubungan itu, memetik laporan Bernama kelmarin Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad tampil menjelaskan bas yang bergerak laju bersebelahan kereta yang sedang melakukan transaksi tol itu, tidak mempunyai pilihan berikutan kegagalan brek.
Jurucakap Anih Berhad berkata kejadian di Plaza Tol Temerloh, pada pukul 3.15 petang Rabu lalu adalah insiden yang tidak dapat dielakkan.
"Kejadian dipercayai berlaku kerana bas itu mengalami kegagalan brek menyebabkan pemandunya tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan ruang bersebelahan kereta itu."
Sehubungan itu, Anih Berhad turut menasihatkan semua pemandu khususnya kenderaan berat untuk sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik dan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.- CARI
Susulan Rabu lalu terdapat satu rakaman video tular di YouTube menunjukkan sebuah bas bergerak laju melalui lorong yang sama dengan sebuah kereta yang sedang menjelaskan bayaran tol di sebuah plaza tol.
semoga wartawan cari berusaha lebih lagi di masa depan agar perkataan dan ayat tu betul ....
Itu la pentingnya utk ada tol booth yg besar kt belah kiri supaya senang driver2 yg ada masalah brake mengelak dari kejadian buruk..syabas buat pemandu bas
saya pun tertanya-tanya..kegagalan brek ni boleh berlaku secara tiba2 ke? cth semasa awal2 perjalanan kita memandu ok je brek tapi tiba2 sampai kat satu tempat ni kita tekan brek tak makan...mmg mcm tu ke? kalau mcm tu takut juga ye...