Bagaimanapun Fathia enggan mendedahkan siapakah lelaki bertuah tersebut dan memaklumkan hubungan yang terjalin itu cuma atas dasar persahabatan.
Jelas Fathia, dia tidak mahu terlalu memikirkan soal cinta dan hanya ingin memberi fokus kepada kerjaya serta perniagaannya yang kini semakin berkembang.
“Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.
“Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta. Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.
“Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan,” katanya.
-UTUSAN ONLINE