CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3666|Reply: 16

Ayam Panggang Karamel, Sedap Hingga Menjilat Pinggan

[Copy link]
Post time 13-3-2017 03:53 PM | Show all posts |Read mode







Ayam panggang, dengar namanya pun sudah cukup menyelerakan dan pastinya umum mengetahui bahawa ayam yang dimasak secara panggang amat baik untuk kesihatan. Ini kerana ayam yang panggang tidak menggunakan minyak masak seperti ayam goreng, jadi kadar kolestrolnya sudah tentulah lebih rendah.


Kali ini penulis ingin kongsikan satu resepi ayam panggang yang diberi nama Ayam Panggang Karamel. Uniknya penyediaan ayam panggang ini berbanding ayam panggang biasa adalah ia dimasak dengan cara digoreng di dalam kuali tetapi tanpa menggunakan minyak masak. Tak perlu pakai microve atau dapur arang.


Sebelum proses memasak dimulakan, ayam perlulah diperap terlebih dahulu dengan beberapa bahan supaya lebihan perapan semasa memanggang nanti boleh dijadikan sos. Selain bahan-bahan campurannya, kaedah memasak cara inilah yang menghasilkan rasa lain dari yang lain.


Bahan-bahan untuk membuatnya juga tidaklah rumit dan sangat mudah didapati dikedai-kedai runcit berhampiran anda. Jom kita cuba resepi ini dirumah.







AYAM PANGGANG KARAMEL
Resepi oleh : Mis Julie Biz


Bahan-bahan :
- 1/2 ekor ayam potong 2 bahagian
- 4 sudu gula
- 4 biji bwg putih di ketuk2
- 1 inci halia di ketuk2
- Kicap pekat
- Kicap manis
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih
- Sedikit garam
- 1 sudu madu
- 1 helai daun pandan
- Air


Cara-cara :
- Ayam cuci bersih..perap dengan garam, kicap pekat, sedikit bawang putih dan halia yang diketuk tadi..biarkan sekejap..
- Dalam kuali masukkan gula..goreng tanpa minyak sampai perang..jangan lama-lama takut hangus pahit..
- Bila gula dah perang masukkan air sikit..agak-agak je..jangan banyak..sebab nak kuah tu pekat tak cair..selepas itu masukkan kicap manis, serbuk lada hitam & putih, garam, madu, baki halia dan bawang putih yang diketuk tadi dan daun pandan..semua ini kuantiti ikut citarasa masing-masing..kacau-kacau..selepas itu masukkan ayam yang diperap tadi..kacau setengah masak dan angkat ayam..
- Jangan tutup api lagi..kuah dalam kuali tadi kacau sekejap sampai kuah itu pekat jadi macam sos teriyaki tu baru tutup api..
kuah tadi sapukan pada ayam selepas itu bakar sekejap sampai ayam masak..jangan masak terlalu lama nanti ayam kering..siap..boleh potong-potong dan hidang..


SAYUR MASAK SOS TIRAM


Bahan-bahan :
- Baby sawi
- 3 biji bawang putih diketuk dan cincang
- 1 biji bawang merah di potong
- dadu
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk lada putih
- Sos tiram
- Kicap manis
- Tepung jagung
- Minyak masak
- Minyak bijan (optional)


Cara-cara:
- Baby sawi di belah dua dan basuh bersih..dan toskan..
- Dalam kuali letak air, garam sikit, gula sikit minyak sikit...
- Bila air dah mendidih masukkan baby sawi..masak agak-agak sayur tu layu..jgn lama-lama nnt lembik tak sedap..bila sayur dah layu tos kan dan susun dalam pinggan / mangkuk..
- Untuk kuahnya..tumis bawang putih dan merah sampai garing..masukkan sos tiram, kicap manis, air sikit, serbuk lada hitam & putih..kuantiti ikut citarasa masing-masing..
- Kacau-kacau selepas itu masukkan tepung jagung sikit yang dibancuh dengan air untuk pekat kan kuah..
- Masukkan sikit minyak bijan..untuk bagi lagi wangi..kalau tak ada pun tak apa..selepas itu kacau-kacau..siap..
- Boleh tuangkan kuah atas sayur baby sawi tadi..siap dan boleh dihidang





Cubalah! rasanya yang sangat-sangat sedap lebih nikmat jika disantap bersama sayur sos tiram dan nasi hangat. - CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak gula sihat pebendanya?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 06:32 PM | Show all posts
Sayur tu nampak lebih sedap dari ayam. Mungkin sebab I mmg penggemar sayur!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap nyaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampir sama dgn resepi yg slalu iols buat.cuma gula tu iols guna gula melaka. Pastu letak serbuk kari 2sudu. Masak dlm kuali ajaib. Mmg ajaib sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 11:43 AM | Show all posts
amyza replied at 14-3-2017 10:04 AM
Hampir sama dgn resepi yg slalu iols buat.cuma gula tu iols guna gula melaka. Pastu letak serbuk kar ...

bg resepi plz....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 14-3-2017 11:43 AM
bg resepi plz....

Nanti i cari balik resepi yek. Sbb dah biasa buat tak ikut sukatan dah.campak2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 12:09 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 13-3-2017 06:32 PM
Sayur tu nampak lebih sedap dari ayam. Mungkin sebab I mmg penggemar sayur!

eww iols x makan rumput
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2017 04:04 PM | Show all posts
semua sedap belaka dan lazat
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 04:48 PM | Show all posts
kentel replied at 14-3-2017 04:09 AM
eww iols x makan rumput

Hahaha. Sedaplah sayur. You should eat more vege you know untuk kesihatan perut, usus dan kulit. Sup sayur sedapnyaaaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 10:32 PM | Show all posts
Dak emm. Bak kata joey joras.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 14-3-2017 11:43 AM
bg resepi plz....

Tak jumpa lah resepi asal dgn sukatan nye.
Sebenarnye lebih kurang dgn resepi atas tu cuma i dah skip bnyk bahan,ambil yg penting je

Bahan:
Ayam drumstick 12ketul
Gula melaka
Serai
Sos tiram
Kicap manis
Sos black paper
Rempah kari

Cara:
-Cairkan gula melaka dlm kuali kemudian tutup api

-Masukkan serai yg dah diketuk, kicap manis,sos tiram,sos black paper, 2sudu rempah kari.

-masukkan ayam.perap 1-2jam.

-bakar dlm kuali ajaib sehingga masak

*bahan perap yg lebih tu boleh simpan kat bekas. Simpan dlm peti ais.

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 08:43 AM | Show all posts
amyza replied at 16-3-2017 12:19 PM
Tak jumpa lah resepi asal dgn sukatan nye.
Sebenarnye lebih kurang dgn resepi atas tu cuma i dah  ...

tq..tq...
esok cuti memang nak buat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2017 09:46 AM | Show all posts
sedapnya nmpk kulit aym tu... nyum2..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 11:49 AM | Show all posts
nyum nyum   sedap kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2017 01:46 PM | Show all posts
Kena cuba nie baru tau sedap ke tidak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2017 01:43 PM | Show all posts
nampak sedapp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.646962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list