CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2124|Reply: 13

[Dunia] 7 tahun koma, sekarang baru 'kembali hidup'

[Copy link]
Post time 12-3-2017 04:02 PM | Show all posts |Read mode
VOJVODINA, Serbia 11 Mac – Seorang wanita yang koma selama tujuh tahun mengejutkan pelbagai pihak apabila ‘kembali hidup’ dan dipertemukan buat kali pertama dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.


Danijela Kovacevic, 25, dilaporkan mengalami masalah kontraksi yang sangat teruk ketika melahirkan anaknya, Marija, hingga tidak sedarkan diri pada 2009.

Kini, keupayaan wanita itu untuk kembali sedar daripada koma yang panjang bagaikan ‘keajaiban’ bagi rakan-rakan serta ahli keluarganya, malah doktor yang merawatnya juga mengakui tidak pernah melihat situasi seperti itu sebelum ini.

Bapanya, Djordje pula memberitahu, anak perempuannya itu kini sudah mula menunjukkan perkemba­ngan positif apabila mampu untuk memegang gajet dan peralatan tulis.

“Walaupun proses penyem­buhan itu tidak ba­nyak, namun Danijela (Kovacevic) jauh berbeza berban­ding dahulu.

“Dia semakin berisi, lebih peka dan lebih ‘hidup’. Dia juga sudah mampu berinte­raksi, kadang-kadang tersenyum dan kadang-kadang marah,” katanya seperti dilaporkan portal metro.co.uk.

Marija yang selama ini ‘hilang’ kasih sayang seorang ibu juga dilihat semakin rapat dengan Kovacevic dan akan singgah menemani wanita itu setiap hari selepas pulang dari sekolah.

Dalam pada itu, Kovacevic kini menjalani rawatan di pusat pemulihan Pforzheim di Jerman dan masih memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 euro (RM236,359) lagi untuk mendapatkan rawatan susulan.

Rakan-rakan serta ahli keluarganya ketika ini dikatakan sedang berusaha untuk mengumpul dana tambahan bagi tujuan tersebut termasuk menganjurkan satu kejohanan taekwando amal.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2017 04:45 PM | Show all posts
nasib baik xcabut life machine ada graf dy/dx tu.. doctor kt sana cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
So tacing bace kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk anak da beso da...7tahun tu..tak merasa jaga ank masih baby
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
such a miracle.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 10:18 PM | Show all posts
https://youtu.be/K9Md_xHX_TY
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2017 11:14 PM | Show all posts
gilo lama nyaaa komaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2017 11:46 PM | Show all posts
kekadang terfikir gak...betul ke org yg dah diisytihar mati tu betul2 da mati..maunya dah kena tanam baru mayat tu hidup balik..tak ke naya tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 12-3-2017 11:46 PM
kekadang terfikir gak...betul ke org yg dah diisytihar mati tu betul2 da mati..maunya dah kena tanam ...

Kalau mati otak, memang dah betul2 mati, kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 07:43 AM | Show all posts
insulin replied at 13-3-2017 12:15 AM
Kalau mati otak, memang dah betul2 mati, kan?

ye kot..tp slalu jgak dgr brita tgh2 prepare nak kuburkan tetiba mayat hidup balik..kes terbaru kt india aritu rupanya mayat x mati lagi..tp dah kena bakar
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-3-2017 04:45 PM
nasib baik xcabut life machine ada graf dy/dx tu.. doctor kt sana cerdik

Amboi mulut cabai tu xde insurans kan? Ujong2 sakit jubo jumpa doktor jugak? Ingat sesenang2 nak cabut life support tu tanpa fikir pro cons semua? Puiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 13-3-2017 08:15 AM
Amboi mulut cabai tu xde insurans kan? Ujong2 sakit jubo jumpa doktor jugak? Ingat sesenang2 nak c ...

  akak teringat makcik cleaner cabut life machine sebab nak vacuum...yg salah doctor walhal makcik cleaner..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:21 AM | Show all posts
1st time dengar koma sebab kontraksi bersalin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2017 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 13-3-2017 09:24 AM
akak teringat makcik cleaner cabut life machine sebab nak vacuum...yg salah doctor walhal  ...

Tu cerita lawak jah xpayah percaya la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071083 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list