Foto; www.pakistantoday.com.pk
Tidak dapat dinafikan lagi, karier aktres cantik Priyanka Chopra nampaknya semakin mantap di Bollywood dan Hollywood.
Meskipun sudah berada di puncak kejayaan, namun hati bintang berusia 35 tahun ini nampaknya masih lagi kosong.
Tidak hairan jika peminat mula mendesak dirinya untuk segera mencari kekasih dan mendirikan rumah tangga.
Foto: IG Priyanka Chopra
Namun sebelum ini Priyanka pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi bahawa dia memerlukan lelaki hanya untuk mendapatkan anak sahaja.
Mengulas tentang perkara itu, ibu Priyanka, Madu Chopra mempunyai pendirian tersendiri mengenainya.
"Kebelakangan ini saya banyak melihat perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan. Pasangan masih tak memiliki toleransi. Jadi kalau sudah sampai waktu sesuai, baru Priyanka akan menikah.
Foto: The Indian Express
"Tak perlu terburu-buru, lagi pun dia belum menemui lelaki yang benar-benar layak untuk dirinya," kata Madhu pada Times of India.
Apa-apa pun semoga Priyanka terus berbahagia dan mencipta kejayaan yang lebih besar selepas ini.-CARI |