View: 669|Reply: 0
|
All England: Dua Beregu Utama Negara Turut Tempah Tiket Ke Suku Akhir
[Copy link]
|
|
Sementara itu, dua beregu utama negara turut berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.
Memetik laporan Bernama, beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong hanya memerlukan 28 minit untuk menyingkirkan pasangan China Liu Xiaolong/Xu Chen pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi ini.
Pasangan negara yang kini menduduki ranking utama dunia menang mudah ke atas gandingan China 21-12, 21-16 untuk berdepan pilihan keenam Li Junhui/Liu Yu Chen dari China.
Gandingan Li Junhui/Liu Yu Chen sebelum itu mengetepikan pasangan Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuatpet 21-18, 21-18.
Manakala, pasangan beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula dipaksa bekerja keras sebelum menempah slot ke suku akhir kejohanan itu.
Gandingan negara yang kini menduduki ranking keenam dunia itu mengetepikan Zhang Nan/Li Yinhui dari China 9-21, 23-21, 21-17 pada perlawanan pusingan kedua yang berlarutan selama lebih satu jam.
Pasangan negara dijadual berdepan gandingan dari pusingan kelayakan Wang Yilyu/Huang Dongping dari China yang mengejutkan rakan senegara Zheng Siweng/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan 24-22, 21-15.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
| |
|