CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1458|Reply: 4

Menyamar Jadi Doktor, Pengganas Serang Hospital Di Afghanistan

[Copy link]
Post time 9-3-2017 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Sekurang-kurangnya 30 orang disahkan terbunuh manakala hampir 50 lagi cedera dalam serangan ke atas sebuah hospital tentera terbesar Afghanistan, hari ini.


Jurucakap Kementerian Pertahanan, Dawlat Waziri berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada pesakit, doktor dan jururawat yang bertugas.


Memetik laporan CNN, empat penyerang juga ditembak mati pihak berkuasa dalam serangan itu.


Kejadian itu menggegarkan kawasan diplomatik itu selepas sekumpulan pemberontak yang berpakaian seperti doktor menyerang hospital tentera terbesar di negara itu.


Menurut sumber keselamatan dalam satu kenyataan, serangan itu bermula dengan satu letupan kuat berdekatan Hospital Mohammad Daud Khan yang menempatkan kira-kira 400 pesakit sebelum tiga hingga lima penyerang bersenjatakan senapang automatik dan grenad memasuki kompleks tersebut.


Jelas sumber berkenaan, kumpulan penyerang yang menyamar sebagai anggota perubatan, menawan kawasan tingkat atas hospital itu dan bertempur dengan pasukan unit khas Afghanistan.


Setakat ini, belum ada pihak tampil mengaku bertanggungjawab di atas serangan berterusan di Hospital Sardar Daud Khan itu, tetapi ia dipercayai didalangi militan Taliban.- CARI






sumber foto: http://ww2.hdnux.com

sumber foto: http://static3.businessinsider.com/

sumber foto: http://www.beloitdailynews.com

sumber foto: http://www.bostonherald.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2017 11:32 AM | Show all posts
so... Muslim?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:04 PM | Show all posts
Tak tahan untuk cepat berjumpa dengan bidadari syurga tetapi terjumpa dulu malaikat malik yang bengis dan tanpa belas kasihan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai hospital pun nak serang... Setan betul laa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:06 PM | Show all posts
Boring. Next!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079634 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list