"Bila orang niat tak elok, perilakunya sangat canggung, serba tak kena dan resah. Malah, cara pegang barang juga kelihatan mencurigakan."
Demikianlah kata-kata seorang pengusaha kedai emas dikenali sebagai Kak Maya berikutan kes cubaan mencuri yang berlaku di Kedai Emas Lelong Maya di Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kelmarin.
Bagaimanapun, niat seorang gadis cuba melarikan barang kemas di kedai itu gagal apabila salah seorang staf kedai berkenaan sempat menyambar tangannya.
Foto: FB Mosyie Nosyie
Menerusi paparan video kejadian kira-kira jam 1.40 petang itu, gadis terbabit bersama ibu saudara serta seorang lagi gadis dipercayai sepupunya sedang memilih barang kemas di kedai berkenaan dan ingin beredar dari situ apabila tiada yang berkenan.
Bagaimanapun, staf terbabit menyedari tindakan salah seorang daripada mereka sedang menggenggam barang kemas dipercayai gelang emas, namun bertindak melepaskannya sejurus tangannya ditarik staf berkenaan.
Foto: FB Kedai Emas Lelong Maya
Meskipun sudah 'kantoi' gadis itu tidak mengakuinya, malah dilihat seolah-olah memeriksa poket seluar kononnya ingin membuktikan dia tidak mengambil apa-apa dari kedai berkenaan.
Nasibnya tidak baik dan niatnya kantoi apabila kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kejadian itu. Menerusi entri Maya di akaun Facebook Kedai Emas Lelong Maya, kejadian itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
"Alhamdulillah semua selamat kecuali suspekkejadian. Bagaimanapun, hanya dua tertangkap sementara yang lain berdesup hilang.
"Kita serah semua pada polis," tulisnya.
Tindakan gadis itu dikecam netizen yang menyifatkannya 'alim kucing' kerana sanggup mencuri.
"akai tudung tapi kaki rembat," komen netizen.
Inilah sikap manusia hari ini. Semakin berani mencuri dan melakukan kesalahan jenayah lain dalam terang. - CARI |