CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6439|Reply: 59

[Tempatan] Maybank umum cuti bersalin setahun.

[Copy link]
Post time 8-3-2017 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Maybank mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu kepada kakitangan wanita yang layak, menerusi dasar baharu institusi kewangan itu.

Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.

Manfaat itu diumumkan Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa institusi terbabit di sini semalam.

Ia menjadikan Maybank institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah itu.

"Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi. Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja," katanya.

Beliau berkata, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.

Katanya, polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar.

#selamathariwanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Setahun cuti bersalin untuk sorang anak, atau untuk 3 anak

Heavennyaaa kalau setahun sorang anak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah ibu2 di Maybank..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 8-3-2017 09:18 PM
Setahun cuti bersalin untuk sorang anak, atau untuk 3 anak

Heavennyaaa kalau setahun sorang anak.

Bukan setahun cuti dpt gaji punn.. tak beshhh lahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 8-3-2017 09:07 PM
KUALA LUMPUR: Maybank mengumumkan tawaran cuti bersalin sehingga 365 hari berkuat kuasa 1 Mac lalu k ...

Jgn sudahnye kene berenti  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:26 PM | Show all posts
klu cuti setahun bersalin,
tapi balik keje stiap hari, pkul 8-9-10 mlm
cmne?

rata2 tgk staff bank msih ada kt opis lewat mlm.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2017 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 8-3-2017 09:26 PM
klu cuti setahun bersalin,
tapi balik keje stiap hari, pkul 8-9-10 mlm
cmne?

Tapi bonus masyukk.. 6-10 bulan    i pernah dengar meibank pernah bagi bonus 14 bulan kat staff..

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:44 PM | Show all posts
90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji.


bos aku pun bleh bagik cuti xda gaji!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 09:46 PM | Show all posts
rasanya sebelum ni maybank ada buang pekerja.

keuntungan daripada fixed cost boleh cover plan ini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung 5 billion setahun. celah gigi jer bayar gaji utk buat mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:49 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-3-2017 09:46 PM
rasanya sebelum ni maybank ada buang pekerja.

keuntungan daripada fixed cost boleh cover pl ...



x yah buang, esekutif dia ramai yang benti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:50 PM | Show all posts
corp0ratism punya benefit lagi tinggi daripada gov..


Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:55 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 8-3-2017 09:49 PM
x yah buang, esekutif dia ramai yang benti...

executive ni yang jaga kaunter tekan butang keluar nombor atau jaga kaunter bahagian loan? maaf kaka xbrape pandai bahagian  corporatism.. dengar cerita banker jaga staf bank rakyat terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-3-2017 09:55 PM
executive ni yang jaga kaunter tekan butang keluar nombor atau jaga kaunter bahagian loan? maaf ka ...

tu yg jaga number tu,pak guard pun bleh weh.kaunter skang diploma. tgk esekutif apa pun bleh ,it,loan,risiko,hr, dll.  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.. bolehlah beranak tiap2 thn
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 10:15 PM | Show all posts
kalo iols lah cuti setahun, alamatnya lepas abes cuti tu kena msuk training balik la jwabnye sbb dah lupe dah cara2 nk wt kerja kt ofis gara2 cuti setahun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2017 10:15 PM | Show all posts
Mewah cuti, mewah gaji, mewah bonus segala-galanya mewah di MAYBANK!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 10:16 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 8-3-2017 09:58 PM
tu yg jaga number tu,pak guard pun bleh weh.kaunter skang diploma. tgk esekutif apa pun bleh ,it,l ...

oh yg tu bahagian executive.. nama megah tp front desk..

akak suka pandang payslip bukan pada jawatan.. kasihan kan bila corporatism nak tendang anytime je.. kerja separuh mati gaji ciput
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu..ada pilihan buat ibu ibu
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2017 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
nant for sure staff utk ppuan dikurangkan..takpun ms nk interview tya mcm2..

tp logiknya okay..zaman skrg,org xnak beranak ramai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.399165 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list