Gara-gara tidak tahan dengan kelakuan pasangannya yang sangat ganas ketika di ranjang, seorang isteri sanggup meracun suaminya sendiri.
Andrea Heming, 49, yang berasal dari Nevada itu didapati bersalah mencampurkan racun lipas di dalam makanan suaminya.
Dia hanya meletakkan racun sedikit sahaja di dalam setiap makanan suaminya seperti bijirin dan krim putar dengan niat untuk menjadikannya sakit dan bukan untuk membunuh.
Andrea Heming, Foto: www.thesun.co.uk
Menurut laporan The Sun, Andrea bertindak demikian kerana tidak mahu suaminya mengalami ereksi dan mengelak dari melakukan hubungan seks bersamanya lagi.
Andrea juga menyatakan dia terpaksa melayan kehendak nafsu suaminya itu sekurang-kurangnya empat kali dalam sehari.
Disebabkan berasa takut dan mengelak dari ditangkap polis, wanita itu bertindak melarikan diri dan sekarang dipercayai bersembunyi di Mexico.
Jika sabit kesalahan, Heming bakal dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun. -CARI
Foto: www.mirror.co.uk |