View: 2161|Reply: 11
|
Hanya Di Perlis, Penerima BR1M Jatuh Pengsan
[Copy link]
|
|
Pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2017 sudah pun bermula sejak pertengahan Febuari lalu.
Penerima yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana akan menerima bayaran secara berperingkat. Pembayaran dibuat sebanyak 3 kali kecuali untuk kategori bujang.
Jika tahun-tahun sebelumnya, setiap penerima BR1M perlu menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di dewan atau tempat yang ditetapkan, kini bayaran BR1M dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan bank penerima. Kaedah ini lebih mudah berbanding sebelumnya kerana penerima tidak perlu lagi bersusah payah beratur panjang.
Namun apa yang mengejutkan, seorang pengguna Facebook bernama Khairil Anuar b Hussin Khai telah berkongsi dua keping gambar yang menunjukkan seorang penerima BR1M jatuh pengsan ketika menunggu giliran untuk menerima pembayaran BR1M.
Berikut adalah status beliau mengenai kejadian yang difahamkan berlaku di Perlis semalam.
Pakat beratur nk ambik BR1M.. kat Negeri Perlis ja kot yg buat secara manual.. berdiri sampai jatuh pensan pun ada.. Allahu Akbar, benda yg senang buat bgi jadi susah.. wahai Org2 perlis semua,dh jadi mcm ni tkkan tak leh pikiaq kot.. pakat2 kalih la naa..
Menurut Khairil Anuar, pembayaran BR1M masih lagi dilakukan secara "manual" di negeri Perlis. Andai benar dakwaan ini, pihak berwajib perlulah mengkaji semula cara pembayaran BR1M di negeri Perlis agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
tuhan bayar cash. kuat kutuk kerajaan la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ermm.. Yang pelik tu kawan-kawan adik aku cakap mereka pun dapat baucer juga. Padahal mereka ada bagi no acc dah masa update hari tu.
Aku punya pula katanya dah lulus, tapi belum masuk-masuk lagi. Risau pulak kalau dapat baucer juga.
Adik aku kelompok 1 dah dapat. Aku punya kelompok 2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas duit dah ada dalam tangan sembuh la daripada pengsan. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Umah cari ramai juga yg terima brim ye..ingatkan kaya raya.ni income tax pun x byr adooi |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes yang berhormat nak bg sendiri laa ni agaknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Padah kepada umno/bn. Kononnya nak guna peluang ni untuk berkempen. Sekali menjadi cemuhan kerana menyusahkan orang ramai.
Sudahlah terpaksa beratur, penerima turut diwajibkan mendengar ceramah umno/bn dulu.
Inilah padahnya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan parti politik dan peribadi. |
|
|
|
|
|
|
|
kot pengsan.. dpt gi baris depan sekali...
pastu dah semua pakat pengsan plak... |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali jangan lupa makan nak pulak ramai2 berasak2 cam tu lagi cepat pengsan |
|
|
|
|
|
|
| |
|