|
Seorang wanita Indonesia dikenali Sri Rabitah mendedahkan pengalamannya yang pahit apabila satu dari buah pinggangnya telah diambil tanpa pengetahuannya kira-kira tiga tahun lalu ketika dia bekerja di Qatar.
Kehilangan buah pinggangnya hanya disedarinya ketika dia membuat pemeriksaan di hospital akibat kurang sihat baru-baru ini.
Menurut laporan Mirror United Kingdom, pada tahun 2014 dia pergi ke agensi pekerjaan tempatan untuk mendapatkan kerja di Asia Barat, tetapi sebaliknya dihantar bekerja dengan sebuah keluarga Palestin di Doha, Qatar.
Ketika itu, Sebaik sahaja tiba, majikannya memberitahu kepada Sri Rabitah untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan tahap kesihatannya.
Malangnya, tanpa memperoleh persetujuannya, doktor telah menyuntik anestetik di seluruh badannya. Setelah sedar, badannya terasa sangat sakit dan dia terkejut memiliki parut.
Kemudian dia dihantar dia kembali ke Indonesia atas alasan tidak sesuai bekerja di situ kerana masalah kesihatan.
Baru-baru ini wanita itu membuat pemeriksaan di hospital susulan belakang badannya mengalami kesakitan sepanjang tiga tahun ini, dan kemudian barulah dia menyedari salah satu buah pinggangnya telah hilang.
Kementerian luar negara Indonesia menjelaskan bahawa kes Sri Rabitah merupakan hasil kegiatan sindiket haram jual beli organ, dan pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera bagi mengelak perkara yang tidak berperikemanusiaan ini berlarutan. - CARI
sumber foto: mstar |
|